Connect with us

Antarabangsa

Diskriminasi ke atas wanita bertudung paling ketara

‘Hijaphobia’ kini di tahap paling ketara dengan wanita Islam yang memakai tudung berdepan peningkatan diskriminasi dalam kehidupan seharian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Diskriminasi ke atas wanita bertudung paling ketara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • ‘Hijaphobia’ kini di tahap paling ketara disebabkan ‘iklim politik semasa’ dengan wanita Islam yang memakai tudung berdepan peningkatan diskriminasi dalam kehidupan seharian. – Penganjur Hari Hijab Sedunia (WHD)
  • “Wanita Islam menerima tekanan supaya membuka tudung mereka untuk ‘menunjukkan solidariti, manakala beberapa kawasan di dunia menguatkuasakan peraturan melarang wanita bertudung terlibat dalam masyarakat,.” 
  • “Wanita Islam perlu bangga bertudung dan tidak perlu meminta maaf.
  • “Disebabkan situasi masa kini, wanita Islam yang memakai tudung dianggap sebagai tertekan, submisif dan mundur dengan isu hijab digunakan sebagai justifikasi untuk mendiskriminasi dan menganiayai mereka,” tegas  WHD.

LONDON – ‘Hijaphobia’ kini di tahap paling ketara disebabkan ‘iklim politik semasa’ dengan wanita Islam yang memakai tudung berdepan peningkatan diskriminasi dalam kehidupan seharian, kata penganjur Hari Hijab Sedunia (WHD) semalam.

“Wanita Islam menerima tekanan supaya membuka tudung mereka untuk ‘menunjukkan solidariti, manakala beberapa kawasan di dunia menguatkuasakan peraturan melarang wanita bertudung terlibat dalam masyarakat,” kata WHD kepada Arab News. 

Sehubungan itu, WHD meminta wanita daripada semua latar belakang supaya ‘menentang hijaphobia dengan memakai tudung’ pada Hari Hijab Sedunia iaitu 1 Februari 2023 untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai budaya Islam serta hak wanita.

“Wanita Islam perlu bangga bertudung dan tidak perlu meminta maaf.

“Disebabkan situasi masa kini, wanita Islam yang memakai tudung dianggap sebagai tertekan, submisif dan mundur dengan isu hijab digunakan sebagai justifikasi untuk mendiskriminasi dan menganiayai mereka,” tegas  WHD.

Menurutnya, wanita yang memilih untuk memakai tudung, sama ada kerana kesopanan atau kepatuhan pada agama, berdepan cabaran untuk mengintegrasikan diri mereka ke dalam persekitaran pendidikan dan tempat kerja.

WHD yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini berkata, pihaknya menjangkakan beribu-ribu orang di lebih 150 negara akan menyambut Hari Hijab Sedunia 2023 termasuk Britain, Jepun, Korea Selatan dan Switzerland.

“Paling ketara, kami lihat semakin ramai wanita bukan Islam cuba memakai tudung. Ramai antara mereka berkongsi pengalaman masing-masing dengan kami  yang mana kami percaya akan dapat membantu orang lain untuk mempelajari lebih lanjut tentang hijab,” ujarnya. – AFP 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *