Connect with us

Terkini

Dadah: Tukar hukuman penjara dengan rawatan pemulihan – Syed Saddiq

Kerajaan dicadang mengubah bentuk hukuman kes penagih dadah tidak serius atau soft drugs dari hukuman penjara kepada rawatan pemulihan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Dadah: Tukar hukuman penjara dengan rawatan pemulihan – Syed Saddiq
Foto: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Kerajaan dicadang mengubah bentuk hukuman kes penagih dadah tidak serius atau soft drugs dari hukuman penjara kepada rawatan pemulihan.
  • Cadangan itu dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ekoran hukuman sedia ada dilihat tidak berjaya menurunkan kes dadah dalam kalangan anak muda walaupun dikuatkuasakan berdekad lamanya.
  • Kaedah rawatan pemulihan itu dilaksana di Portugal dan menyaksikan lebih 70 peratus kes dadah menurun di negara terbabit.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang mengubah bentuk hukuman kes penagih dadah tidak serius atau soft drugs dari hukuman penjara kepada rawatan pemulihan.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ekoran hukuman sedia ada dilihat tidak berjaya menurunkan kes dadah dalam kalangan anak muda walaupun dikuatkuasakan berdekad lamanya.

“Wajarkah kerajaan menukar strategi dan taktik. Mencegah dengan merawat. Kalau kes yang tidak serius. Soft drugs

“Daripada kita meletakkan mereka di dalam penjara, bukankah lebih baik jikalau kita menggunakan insitatif iaitu merawat mereka.

“Tidak meletakkan di dalam penjara, tetapi biar pakar-pakar, doktor-doktor merawat mereka supaya proses pemulihan itu lebih baik seperti negara apa seperti Portugal yang telah berjaya lakukan,” katanya dalam klip video dikongsikan pemilik akaun Tiktok  @malakattribune hari ini.

Syed Saddiq berkata insitatif di Portugal itu menyaksikan lebih 70 peratus kes dadah menurun di negara itu yang juga angka penurunan terbesar pernah berlaku.

Di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB), ada tiga jenis kesalahan jenayah dadah iaitu: (i) untuk kegunaan sendiri, (ii) pemilikan dadah dan (iii) pengedaran dadah. 

Antara ketiga-tiga jenis kesalahan ini, kesalahan memiliki dan mengedar dadah merupakan kesalahan paling serius dan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. – The Merdeka Times

Sumber : TikTok Malakattribune

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *