Connect with us

Terkini

Usah jadikan pelantikan titik hitam karier politik, Muhyiddin nasihat Nurul Izzah letak jawatan penasihat Anwar

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menasihatkan Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga bapanya dan tidak menjadikan pelantikan itu ‘titik hitam’ dalam karier politiknya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Usah jadikan pelantikan titik hitam karier politik, Muhyiddin nasihat Nurul Izzah letak jawatan penasihat Anwar
Foto: Dari kiri, Muhyiddin Yassin, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim
  • Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat pelantikan sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada PM tidak kena pada tempatnya sedangkan beliau percaya Nurul Izzah seorang pemimpin wanita muda berbakat dan berpotensi besar.
  • Muhyiddin turut menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada tugas Perdana Menteri kerana beliau khuatir Anwar akan mengulangi kesilapan sama dilakukan PM terdahulu terbabit skandal 1MDB.
  • “Lagipun skandal 1MDB tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib (Razak), adalah juga Menteri Kewangan. Anwar tidak patut mengulangi kesilapan yang sama,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menasihatkan Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga bapanya dan tidak menjadikan pelantikan itu ‘titik hitam’ dalam karier politiknya.

Muhyiddin berkata beliau melihat pelantikan itu tidak kena pada tempatnya sedangkan Nurul Izzah adalah seorang pemimpin wanita muda berbakat dan berpotensi besar.

Beliau turut menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Menteri Kewangan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada tugas Perdana Menteri kerana Muhyiddin khuatir Anwar akan mengulangi kesilapan sama dilakukan Perdana Menteri terdahulu yang terlibat skandal 1MDB.

“Masih belum terlambat untuk Anwar memperbaiki keadaan. Letak jawatan sebagai Menteri Kewangan. 

“Fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar. 

“Lagipun skandal 1MDB tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib (Razak), adalah juga Menteri Kewangan. Anwar tidak patut mengulangi kesilapan yang sama,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Muhyiddin juga meminta Anwar mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengambil cuti sehingga kes Presiden UMNO itu selesai dibicarakan di mahkamah.

Katanya, adalah satu perkara memalukan rakyat untuk melihat Zahid menjalankan tugas rasmi sebagai TPM di luar negara dan bertemu pemimpin dunia sedangkan kes beliau masih dalam perbicaraan.

Sebelum ini, media melaporkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada ayahnya sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia  berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun meminta pelantikan itu ditarik semula kerana ia dilihat sebagai tidak wajar, salah dan merosakkan imej kerajaan campuran hari ini.

Menurutnya, amalan nepotisme dilakukan Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, dalam jawatan itu adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. – The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Muhyiddin Yassin

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *