Connect with us

Antarabangsa

Polis Finland larang pembakaran al-Quran

Polis Finland tidak membenarkan sebarang perbuatan membakar naskah Al-Quran secara terbuka di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Finland larang pembakaran al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Polis Finland tidak membenarkan sebarang perbuatan membakar naskah Al-Quran secara terbuka di negara itu.

Memetik laporan TRT World, Lembaga Polis Negara berkata perbuatan itu akan menjejaskan keamanan agama yang merupakan kesalahan dan boleh dihukum di Finland.

Selain itu, perbuatan membakar, merosakkan atau tidak menghormati  sebarang kitab yang dianggap suci oleh mana-mana agama akan berdepan campur tangan polis.

“Kerajaan memahami ramai tersinggung dengan tindakan seperti membakar kitab suci,” kata Kementerian Luar Sweden, menambah “tidak semua yang sah semestinya sesuai.”

Keputusan ini dibuat susulan kejadian ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran sebagai tanda protes kepada Turkiye yang menangguhkan rundingan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sejak tahun lalu, Sweden dan Finland memohon untuk menyertai pakatan itu, namun hanya Turkiye dan Hungary selaku negara anggota yang belum memberikan kata putus.

Oleh kerana tindakan Paludan itu, Turkiye menegaskan tidak akan menyokong penyertaan Sweden.

Paludan mengumumkan yang dia akan terus membakar Al-Quran setiap hari Jumaat selagi Sweden tidak dimasukkan ke dalam Pakatan NATO.

 

Sumber: TRT World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *