Connect with us

Terkini

Hukuman denda tinggi, penjara jika terlibat ajaran sesat – MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan, seseorang yang didakwa terlibat dengan ajaran sesat boleh dikenakan hukuman denda yang tinggi dan dipenjarakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hukuman denda tinggi, penjara jika terlibat ajaran sesat - MAIS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat boleh dikenakan hukuman denda yang tinggi dan dipenjarakan.
  • MAIS juga tidak berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap pengasas atau pihak yang terlibat dalam ajaran sesat.
  • Pihaknya dan JAIS juga sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dakwah  kesedaran bagi mengekang ajaran sesat itu.
  • MAIS berkata penyebar ajaran sesat semakin berani menyebarkannya melalui media sosial seperti Instagram, YouTube, TikTok dan seumpamanya.
  • “Ada juga didapati kumpulan ajaran sesat  bergerak secara senyap dan berselindung melalui aktiviti sosial, ekonomi dan seumpamanya sebelum menerapkan ciri-ciri ajaran sesat mereka,” katanya.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan, seseorang yang didakwa terlibat dengan ajaran sesat boleh dikenakan hukuman denda yang tinggi dan dipenjarakan.

Berita tempatan melaporkan, MAIS berkata bahawa pihaknya tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengasas atau mana-mana pihak yang terlibat dalam ajaran sesat di negeri itu.

“Sebagai contoh kes Ketua Pendakwa Syarie lawan Abdul Kahar Ahmad. Defendan telah didakwa atas beberapa kesalahan, antaranya Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 [Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995] iaitu kesalahan berkaitan doktrin palsu.”

“Selain itu, empat lagi pertuduhan dan kesalahan lain turut dipertuduhkan terhadap defendan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun, denda sebanyak RM16,500 dan enam kali sebatan,” ujar majlis agama itu.

Dalam pada itu, MAIS turut mendedahkan hampir 42 fatwa mengenai ajaran sesat telah dikeluarkan di Selangor sejak Ogos 1991 hingga 2016.

“Antara ajaran sesat difatwakan adalah Ajaran Millah Abraham@ Ibrahim, Ajaran Syiah, Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII), Tarikat Al Hasanah, Ajaran Zamree Bin Abdul Wahab dan Fahaman Wahdatul Wujud,” kata MAIS.

Pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dakwah seperti taklimat kesedaran bagi mengekang ajaran sesat itu.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membanteras ajaran sesat, golongan berkenaan masih muncul dan masyarakat masih terpengaruh dengan ajaran mereka.

“Malah mereka semakin berani menyebarkannya melalui media sosial seperti Instagram, YouTube, TikTok dan seumpamanya.”

“Ada juga didapati kumpulan ajaran sesat ini bergerak secara senyap dan berselindung melalui aktiviti sosial, ekonomi dan seumpamanya sebelum menerapkan ciri-ciri ajaran sesat mereka,” katanya.

Lantaran itu, MAIS menggesa masyarakat agar mempertingkatkan kefahaman dalam ilmu agama Islam sebenar dan tidak memandang enteng terhadap situasi perkembangan ajaran sesat ketika ini.

Sumber: Samudera

 

 

Author