Terkini
3,000 responden Australia dedah PrEP tingkatkan STD, gonorrhea dan sifilis
“Satu study yang sama daripada Australia melibatkan 3,000 responden menunjukkan bahawa antara kesan bila bagi PrEP adalah risk compensation. Mereka rasa macam bila dah ada PrEP, dia dah tak payah pakai kondom. Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam penyakit bawaan seks: STD, gonorrhea, siflis, sebab diorang kata tak payah dah pakai kondom.”

- Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata sebanyak 3,000 responden merasakan kewujudan PrEP membuatkan dirinya tidak perlu pakai kondom.
- Kajian itu menunjukkan peningkatan penyakit seks: STD,gonorrhea dan siflis.
- Kajian daripada KKM, IBBS (Integrated Biological And Behavioral Assessment Reports), mereka mengamalkan aktiviti berisiko tinggi seperti dadah,chemsex,dan alkohol. Jadi bila mereka di bawah pengaruh-pengaruh ini, mereka lupa pakai kondom.
KUALA LUMPUR, 31 Disember 2022 – “Satu study yang sama daripada Australia melibatkan 3,000 responden menunjukkan bahawa antara kesan bila bagi PrEP adalah risk compensation. Mereka rasa macam bila dah ada PrEP, dia dah tak payah pakai kondom. Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam penyakit bawaan seks: STD, gonorrhea, siflis, sebab diorang kata tak payah dah pakai kondom.”
Demikian perkongsian dari Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Profesor Perubatan USIM mengenai pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) dalam satu wacana dalam talian anjuran portal Sinar baru-baru ini.
Tegas Profesor Dr Rafidah, banyak lagi perkara yang masih tidak dilaksanakan sebelum boleh dikatakan bahawa farmakoterapi PrEP adalah pilihan yang terbaik.
“A lot of behavioral studies yang kita kena really tackle all out sebelum kita rasa nak settle dengan hanya bagi ubat.”
“Ada satu studi daripada KKM sendiri, IBBS (Integrated Biological And Behavioral Assessment Reports), mereka yang mengamalkan aktiviti berisiko tinggi, dia ambil juga substance abuse, dadah ataupun chemsex dan juga alkohol. Jadi bila mereka di bawah pengaruh-pengaruh ini, mereka lupa untuk pakai kondom. Itu daripada IBBS punya study.”
“That is my argument lah bila saya rasa tidak berapa bersetuju dengan pemberian PrEP kepada anak-anak muda yang mungkin merasakan bahawa, ‘kami perlukan PrEP kerana kami ingin mengamalkan anal sex’,” kata Profesor Gender dan Fisiologi Kardiovaskular itu.
Oleh yang demikian, Profesor Dr Rafidah menegaskan bahawa langkah pencegahan seperti abstinen adalah langkah yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan dalam perkara ini.
“Sebagai seorang guru kepada pelajar-pelajar perubatan, dan juga apabila kita berbincang dengan ramai lagi sahabat-sahabat kita, kita masih merasakan bahawa abstinen ataupun effort untuk memotivasikan seseorang untuk meninggalkan amalan berisiko tinggi itu yang paling penting untuk kita go all out.”
Sumber: Samudera
