Connect with us

Terkini

Tiada UPSR & PT3 punca ramai murid malas belajar -pensyarah

Selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), ramai ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah tidak bermotivasi untuk belajar. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada UPSR & PT3 punca ramai murid malas belajar -pensyarah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ramai anak-anak kini mengambil mudah terhadap pelajaran dan belajar sambil lewa susulan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak bersiap sedia membangunkan dua strategi utama bagi menjayakan  motivasi pembelajaran terlebih dahulu, iaitu strategi pembelajaran yang bermakna dan pembelajaran yang menyeronokkan.
  • “Inilah akibatnya bila KPM tergesa-gesa memansuhkan UPSR dan PT3 tanpa terlebih dahulu membuat persediaan yang baik” – Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad.

 

Selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), ramai ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah tidak bermotivasi untuk belajar. 

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata menerusi hantaran di Facebooknya, ramai anak-anak kini mengambil mudah terhadap pelajaran dan belajar sambil lewa.

“Ibubapa juga mengeluh yang disiplin belajar anak-anak tidak lagi seperti dahulu. Malah ada anak-anak yang mempersoalkan mengapa kena belajar banyak sangat, sedangkan bukan ada peperiksaan UPSR dan PT3 lagi?

“Inilah akibatnya bila KPM tergesa-gesa memansuhkan UPSR dan PT3 tanpa terlebih dahulu membuat persediaan yang baik,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sepatutnya membangunkan dua strategi utama bagi menjayakan  motivasi pembelajaran terlebih dahulu, iaitu strategi pembelajaran yang bermakna dan pembelajaran yang menyeronokkan.

“Keputusan KPM memansuhkan UPSR dan PT3 bermaksud prinsip PdPc para guru ikut berubah dari melaksanakan pedagogi berasaskan motivasi peperiksaan kepada pedagogi berasaskan motivasi pembelajaran..

“..Soalnya, adakah KPM telah membangunkan garis panduan dan manual lengkap untuk membantu guru melaksanakan dua strategi ini di dalam bilik darjah sebelum membuat keputusan memansuhkan UPSR dan PT3? Jawapannya, belum ada”

Terdahulu, UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 pula pada tahun berikutnya. Perkara itu diumumkan Datuk Dr Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan ketika itu dan menggantikan kedua-dua peperiksaan itu dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. – The Merdeka Times

 

Foto: Tangkap layar Facebook Anuar Ahmad

Sumber: Facebook Anuar Ahmad

Author