Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Maghribi bantah normalisasi dengan Israel

Ribuan rakyat Maghribi membantah normalisasi dengan Israel di beberapa bandar pada Sabtu lalu sempena ulang tahun kedua sejak ibu negara itu, Rabat menyambung semula hubungan diplomatiknya dengan Tel Aviv, demikian lapor Middle East Monitor.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Rakyat Maghribi membuat bantahan membawa bendera Palestin.
  • Ribuan rakyat Maghribi membantah normalisasi dengan Israel di beberapa bandar pada Sabtu lalu.
  • Protes itu berlaku di bandar-bandar serata Maghribi termasuk di Berkane, Oujda, Meknes, Casablanca, Khouribga, El Jadida, Beni-Mellal, Tangier, Errachidia, Agadir, Taza, Safi dan Mohammedia.
  • Mereka menentang keputusan Maghribi menjalinkan semula hubungan diplomatik dengan Israel pada 10 Disember 2020.

Ribuan rakyat Maghribi membantah normalisasi dengan Israel di beberapa bandar pada Sabtu lalu sempena ulang tahun kedua sejak ibu negara itu, Rabat menyambung semula hubungan diplomatiknya dengan Tel Aviv, demikian lapor Middle East Monitor.

Barisan Maghribi Menyokong Palestin dan Menentang Normalisasi dalam satu kenyataannya berkata, protes itu menentang perjanjian normalisasi dengan Israel.

Menurut kenyataan itu, penunjuk perasaan menyatakan sokongan tanpa syarat mereka terhadap Palestin.

Mereka membawa plakad bertulis sokongan mereka terhadap Masjid Al Aqsa serta hubungan rapat mereka dengannya.

Protes itu berlaku di bandar-bandar serata Maghribi termasuk di Berkane, Oujda, Meknes, Casablanca, Khouribga, El Jadida, Beni-Mellal, Tangier, Errachidia, Agadir, Taza, Safi dan Mohammedia.

Pada 10 Disember 2020, Israel dan Maghribi mengumumkan hubungan diplomatik mereka dijalinkan semula selepas terputus pada 2000.

Bulan itu juga, kerajaan Maghribi menandatangani deklarasi bersama dengan rejim Israel dan Amerika Syarikat semasa lawatan pertama delegasi rasmi Israel-Amerika ke Rabat.

Sumber: Middle East Monitor

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *