Antarabangsa
Piala Dunia 2022: Peminat bola sepak rasai pengalaman selesa bersuci guna air di Qatar
Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan dan juga cara bersuci setelah selesai membuang hadas kecil.
- Memetik hantaran Facebook Firdaus Wong Wai Hung, ramai penyokong bola sepak Piala Dunia 2022 Qatar merasai pengalaman bersuci menggunakan air.
- Pendakwah Islam itu berkata pihak hospitaliti di Qatar juga menyediakan tuala kertas di tandas-tandas awam untuk pengunjung.
- Bagaimanapun, pengalaman bersuci menggunakan air menyebabkan mereka merasa lebih bersih dan selesa.
- “Ramai juga yang mula selesa makan menggunakan tangan sepanjang berada di Qatar dan tidak lagi menganggap ia tidak bertamadun atau tidak bersih,” katanya.
KUALA LUMPUR – Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan dan juga cara bersuci setelah selesai membuang hadas kecil.
Itulah yang dipraktikkan Muslim di seluruh dunia menjadikannya ikonik berbanding ajaran dalam agama lain.
Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung dalam hantarannya di Facebook berkata penonton-penonton Piala Dunia 2022 mempelajari perkara baharu apabila berkampung di negara tuan rumah itu.
“Ramai penyokong bola sepak yang hadir di Qatar sempena dengan Piala Dunia berkesempatan merasai pengalaman, mungkin buat kali pertama dalam hidup mereka menggunakan bidet untuk bersuci,” katanya.
Menurutnya, pihak hospitaliti di sana juga menyediakan tuala kertas di tandas-tandas awam untuk pengunjung,
Bagaimanapun, pengalaman bersuci menggunakan air menyebabkan mereka merasa lebih bersih dan selesa
“Ramai juga yang mula selesa makan menggunakan tangan sepanjang berada di Qatar dan tidak lagi menganggap makan menggunakan tangan adalah tidak bertamadun atau tidak bersih,” katanya.
Dia menyifatkan keindahan Islam dan sunnah Nabi Muhammad SAW diperkenalkan menerusi hospitaliti sepanjang Piala Dunia Qatar berlangsung. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Firdaus Wong