Connect with us

Antarabangsa

Pengurus Ikea dibebaskan Mahkamah Poland kerana pecat pekerja anti-LGBT

Mahkamah Poland pada Selasa memutuskan seorang pengurus Ikea yang memecat pekerja kerana menyiarkan komen anti-LGBT pada forum kerja dalaman tidak bersalah atas diskriminasi agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengurus Ikea dibebaskan Mahkamah Poland kerana pecat pekerja anti-LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Poland pada Selasa memutuskan seorang pengurus Ikea yang memecat pekerja kerana menyiarkan komen anti-LGBT pada forum kerja dalaman tidak bersalah atas diskriminasi agama.
  • Dalam keputusannya, mahkamah wilayah di Krakow berkata ia tidak menemui bukti diskriminasi agama atau sebarang motif tersembunyi di sebalik pemecatan itu.
  • “Mahkamah dengan jelas menunjukkan bahawa rayuan pendakwa tidak mengendahkan soal menghormati golongan LGBT,” kata peguam tertuduh.
  • Dia menambah anak guamnya hidup tidak tentu arah selama tiga tahun, bimbang dipenjara sehingga dua tahun.

WARSAW – Mahkamah Poland pada Selasa memutuskan seorang pengurus Ikea yang memecat pekerja kerana menyiarkan komen anti-LGBT pada forum kerja dalaman tidak bersalah atas diskriminasi agama.

Keputusan itu mengekalkan keputusan tribunal rendah pada Februari lalu selepas Katarzyna N dibawa ke mahkamah oleh pendakwa raya bersama bekas pekerjanya yang merupakan pemikir anti-LGBT dan anti-aktivisme pengguguran, Ordo Luris.

Dalam keputusannya, mahkamah wilayah di Krakow berkata, ia tidak menemui bukti diskriminasi agama atau sebarang motif tersembunyi di sebalik pemecatan itu.

“Ini adalah mesej yang sangat kuat, mahkamah dengan jelas menunjukkan bahawa rayuan pendakwa tidak mengendahkan soal menghormati golongan LGBT,” kata peguam Katarzyna N, Daniel Ksiazek kepada Reuters dipetik Channel News Asia.

Dia menambah anak guamnya hidup tidak tentu arah selama tiga tahun, bimbang dipenjara sehingga dua tahun.

Sementara itu, peguam Luris, Maciej Kryczka, akan mendapatkan penjelasan bertulis mengenai keputusan itu dan kemudian memutuskan sama ada akan cuba membuat rayuan atau tidak.

Ikea berkata dalam satu kenyataan bahawa matlamatnya adalah “untuk mewujudkan tempat kerja yang pelbagai dan inklusif … di mana “semua orang berasa dialu-alukan, diterima dan dihormati”.

Ikea memecat pekerja itu pada 2019 selepas dia menulis “menerima dan mempromosikan homoseksual dan penyelewengan lain adalah skandal”, komen yang dibuatnya pada Hari Antarabangsa Menentang Homophobia, Transphobia dan Biphobia. 

Bekas pekerja itu juga memetik petikan daripada Bible yang mengutuk hubungan seksual antara lelaki.

Sumber: Channel News Asia

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *