Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Belanda putuskan hanya doktor boleh ‘bantu bunuh diri’

Mahkamah Belanda memutuskan supaya undang-undang ‘euthanasia’ atau mematikan atas dasar belas kasihan, tidak diperluaskan dan hanya terhad kepada doktor.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Belanda putuskan hanya doktor boleh ‘bantu bunuh diri’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hakim memutuskan undang-undang Belanda memberi larangan membantu bunuh diri dan perlindungan nyawa bagi mencegah penderaan individu ke atas terkesan.
  • Keputusan dibuat susulan pertubuhan berkaitan hak untuk mati, memfailkan kes supaya Belanda memperluaskan undang-undang berkenaan.
  • Larangan membantu membunuh diri tanpa diawasi golongan profesional perubatan, melanggar hak seperti mana dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah
  • Belanda adalah negara pertama yang membenarkan euthanasia dan bantuan doktor untuk membunuh diri berdasarkan syarat ketat dan dipantau pakar perubatan profesional.

 

THE HAGUE: Mahkamah Belanda memutuskan supaya undang-undang ‘euthanasia’ atau mematikan atas dasar belas kasihan, tidak diperluaskan dan hanya terhad kepada doktor.

Dalam penghakiman bertulis, hakim memutuskan undang-undang Belanda memberi keseimbangan adil antara kepentingan masyarakat berhubung larangan membantu membunuh diri dan perlindungan nyawa bagi mencegah penderaan ke atas individu terkesan.

Ia juga demi kepentingan individu mendapatkan akses kepada kepada doktor untuk mendapatkan bantuan membunuh diri, membabitkan kes penderitaan yang tidak tertanggung. 

Keputusan itu dibuat susulan tindakan sebuah pertubuhan berkaitan hak untuk mati, Cooperative Last Will, memfailkan kes sebagai usaha strategik perundangan supaya Belanda memperluaskan undang-undang berkenaan.

Pertubuhan itu berhujah bahawa larangan membantu membunuh diri tanpa diawasi golongan profesional perubatan, melanggar hak untuk menentukan nasib sendiri seperti mana termaktub dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

Peguam Belanda berkata, undang-undang euthanasia memperuntukkan keseimbangan antara kewajipan negara melindungi rakyatnya, termasuk daripada diri mereka sendiri.

Belanda adalah negara pertama yang membenarkan euthanasia dan bantuan doktor untuk membunuh diri berdasarkan syarat ketat dan dipantau pakar perubatan profesional.

Membantu membunuh diri atau menyediakan cara untuk seseorang membunuh diri di luar kriteria yang ditetapkan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *