Antarabangsa
Perancis tutup dua sekolah Islam
Dua sekolah Islam telah ditutup di bandar Montpellier, selatan Perancis, menurut laporan media tempatan dipetik agensi berita Anadolu.

- Dua sekolah Islam di bandar Montpellier, selatan Perancis ditutup pihak berkuasa.
- Pegawai melakukan pemeriksaan tanpa notis pemberitahuan di kedua-dua sekolah itu pada Selasa lalu.
- Gabenor wilayah Herault, Hugues Moutouh berkata sekolah itu beroperasi “secara haram” dan masjid di sekolah itu juga beroperasi tanpa kebenaran.
Dua sekolah Islam telah ditutup di bandar Montpellier, selatan Perancis, menurut laporan media tempatan dipetik agensi berita Anadolu.
Pegawai melakukan pemeriksaan tanpa notis pemberitahuan di kedua-dua sekolah itu pada Selasa lalu dan mengarahkan pihak pentadbiran menutupnya.
Serbuan dilakukan atas arahan Gabenor wilayah Herault, Hugues Moutouh.
Sebuah masjid kecil di salah sebuah sekolah juga akan ditutup.
Menurut Moutouh, sekolah itu beroperasi “secara haram” dan masjid itu juga beroperasi tanpa kebenaran, kata laporan itu.
Undang-undang baharu kontroversi diperkenalkan di Perancis tahun lalu dikritik kerana menekan umat Islam, manakala 25 masjid telah ditutup di negara itu atas pelbagai alasan.
Laporan Islamofobia Eropah 2021 yang dikeluarkan beberapa bulan lalu menyebut undang-undang baharu “yang sepatutnya memberikan tindak balas yang kuat terhadap ‘keganasan’ dan ‘Islam radikal’ sebenarnya telah mencetuskan tindakan keras terhadap organisasi Muslim.”
Laporan itu melabel Perancis sebagai salah satu “tempat utama kebencian anti-Muslim dan insiden Islamofobia” di benua itu.
Sumber: Anadolu

You must be logged in to post a comment Login