Antarabangsa
Pemimpin Amerika Syarikat enggan ulas isu pembedahan tukar jantina kanak-kanak
Pemimpin Demokrat Amerika Syarikat (AS) seperti Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris enggan memberi maklumbalas sama ada mereka menyokong pembedahan tukar jantina ke atas golongan bawah umur atau tidak.

- Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris enggan menyatakan pendirian mereka tentang pembedahan tukar jantina ke atas golongan bawah umur.
- Rumah Putih tidak memberi sebarang respon bila diminta untuk mengulas lanjut berhubung perkara itu.
- Jumaat lalu, Lembaga Perubatan Florida dan Lembaga Perubatan Osteopatik Negeri meluluskan cadangan larangan penggunaan penyekat akil baligh dan pembedahan tukar jantina untuk individu bawah umur.
- Jabatan Kehakiman pula mengancam tindakan undang-undang terhadap larangan negeri-negeri di AS pada Mac lalu, mendakwa ia diskriminasi jantina.
Pemimpin Demokrat Amerika Syarikat (AS) seperti Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris enggan memberi maklumbalas sama ada mereka menyokong pembedahan tukar jantina ke atas golongan bawah umur atau tidak.
Foxnews melaporkan Rumah Putih menekankan keperluan untuk melindungi penjagaan pengesahan jantina untuk remaja transgender, didakwa untuk “menyelamatkan nyawa,” tetapi enggan mengulas sama ada ia termasuk pembedahan menukar jantina.
Ketua Majoriti Dewan Rakyat, Nancy Pelosi, D-Calif dan Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer juga enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Jumaat lalu, Lembaga Perubatan Florida dan Lembaga Perubatan Osteopatik Negeri meluluskan cadangan larangan penggunaan penyekat akil baligh dan pembedahan tukar jantina untuk individu bawah umur.
Negeri seperti Alabama, Arkansas dan Texas sebelum ini cuba mengharamkan rawatan hormon dan pembedahan transgender untuk individu bawah umur melalui tindakan perundangan tetapi dicabar di mahkamah.
Jabatan Kehakiman mengancam tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap larangan negeri-negeri itu pada Mac dan mendakwa ia mendiskriminasi jantina.
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) pula mengeluarkan memo menyenaraikan, “Bagi kanak-kanak, remaja transgender dan tidak berjantina, penjagaan pengesahan jantina awal adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kerana ia membolehkan kanak-kanak atau remaja memberi tumpuan kepada peralihan sosial dan boleh meningkatkan keyakinan mereka mengikuti sistem penjagaan kesihatan”.
Rumah Putih tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Pegawai mengalihkan isu tersebut kepada HHS, namun tidak juga memberi maklumbalas.
Sumber: Fox News

You must be logged in to post a comment Login