Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Pelajar dipukul beramai-ramai gara-gara hina Nabi di India

Seorang pelajar dipukul dan didakwa dipaksa melaungkan kata-kata agama oleh sekumpulan pelajar di bilik asramanya di Hyderabad, India.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Pelajar dipukul beramai-ramai gara-gara hina Nabi di India
Foto: Tangkap layar video pelajar dipukul beramai-ramai di bilik asrama Yayasan Pendidikan Tinggi ICFAI (IFHE), Hyderabad, India.

Seorang pelajar dipukul dan didakwa dipaksa melaungkan kata-kata agama oleh sekumpulan pelajar di bilik asramanya di Hyderabad, India.

Menurut laporan NDTV, Himank Bansal, pelajar tahun pertama di Yayasan Pendidikan Tinggi ICFAI (IFHE), ditampar, ditendang dan tangannya dipulas.

Menerusi video yang tular itu, kedengaran dia melaungkan slogan “Jai Mata Di (Puji Tuhan Ibu)” dan “Allahuakbar (Allah Maha Besar)” ketika tertuduh terus memukulnya.

“Kami mahu membetulkan ideologinya. Kami akan memukulnya sehingga koma dan dia akan mengingati dunia baharu,” kata seorang tertuduh. 

Salah seorang daripada mereka merampas dompetnya dan memberitahu yang lain untuk mengambil seberapa banyak wang yang mereka mahu

“Pada hari pertama semua orang memberitahu anda agar jangan mendiskriminasi orang India dari utara-India selatan. Sekali lagi, anda mendiskriminasi,” kedengaran seorang lagi tertuduh berkata.

Pesuruhjaya Polis Cyberabad, Stephen Raveendra berkata tiada isu istilah “utara-selatan” dalam kejadian itu. 

Pelajar itu dipaksa melaungkan kata-kata dari kedua-dua agama, katanya.

Lapan daripada keseluruhan 12 pelajar yang tertuduh, termasuk seorang di bawah umur, telah ditahan. 

Selebihnya masih melarikan diri. Kesemua mereka digantung pengajian oleh institusi terbabit.

Menurut pihak polis tempatan, pelajar itu ditumbuk dan ditendang di bahagian perutnya, malah tertuduh turut menyentuh bahagian sulitnya. 

Dia juga dipaksa makan bahan kimia dan sejenis serbuk, kata seorang pegawai.

Tertuduh didakwa melakukan serangan seksual terhadap pelajar itu dengan cuba membogelkannya. Pelajar itu kini mempunyai hasrat membunuh diri kerana trauma dialaminya.

Kejadian itu berlaku pada 1 November lalu selepas Himank membuat komen terhadap Nabi Muhammad SAW di media sosial. Kes ini didaftarkan sebagai kes buli dan cubaan membunuh, kata polis.

Sumber: NDTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *