Connect with us

Terkini

Wujud campur tangan pelantikan hakim ketika PH memerintah

Pasukan Petugas Khas (STF) Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ tulisan Tan Seri Tommy Thomas mendapati wujud campur tangan pelantikan hakim ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wujud campur tangan pelantikan hakim ketika PH memerintah
Foto: ‘My Story: Justice In The Wilderness’ tulisan Tan Seri Tommy Thomas.
  • Siasatan Pasukan Tugas Khas (STF) buku Tan Seri Tommy Thomas mendapati wujud campur tangan pelantikan hakim ketika pemerintahan PH.
  • Kenyataan Tommy dalam bukunya adalah benar dan disahkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
  • Jika Perdana Menteri tidak bersetuju dengan pemilihan JAC terhadap pelantikan Azahar, Rohana dan Abbdul Rahman.
  • Beliau sepatutnya meminta lebih banyak nama bagi setiap jawatan kehakiman yang kosong.

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas (STF) Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ tulisan Tan Seri Tommy Thomas mendapati wujud campur tangan pelantikan hakim ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Dalam laporan lebih 800 muka surat itu, STF mendapati apa yang dinyatakan Tommy dalam bukunya adalah benar dah telah disahkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

“Intipati nama-nama orang yang dilantik ke jawatan kehakiman tertinggi pada Julai 2018 iaitu Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim negara, Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden kepada Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim sebagai Ketua Hakim Malaya dan Datuk David Wong Dak Wah sebagai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak adalah tepat nama yang dipersetujui secara tertutup antara Perdana Menteri dan Tommy Thomas seperti yang dinyatakan di muka surat 338 buku itu.

“Nama-nama ini berbeza daripada nama-nama yang dipilih oleh JAC pada mesyuaratnya yang diadakan pada 24 Mei 2018 dan disampaikan kepada perdana menteri oleh ketua hakim negara pada 13 Jun 2018.

“Mereka adalah Tan Sri Datuk Seri Azahar Mohammed sebagai Ketua Hakim Negara, Rohana Yusuf sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli sebagai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak. Pada masa itu Tan Sri Ahmad Maarop sudah pun Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya,” kata laporan itu.

Menurut STA jika Perdana Menteri tidak bersetuju dengan pemilihan dan syor JAC terhadap pelantikan Azahar, Rohana dan Abdul Rahman, menurut seksyen 27 Akta JAC, beliau sepatutnya meminta lebih banyak nama bagi setiap jawatan kehakiman yang kosong.

STF tidak menemui bukti bahawa Perdana Menteri telah membuat permintaan sedemikian.

“Sebaliknya daripada laporan BKPP (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan) nama-nama yang dikemukakan oleh Perdana Menteri semasa menyampaikan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 112B adalah nama-nama yang dibincangkan dan dipersetujui antara Perdana Menteri dan Peguam Negara,” kata laporan tersebut.

Sumber: Malaysia Gazette

Author