Antarabangsa
Marine Le Pen gesa lebih banyak masjid di Perancis ditutup
Ahli politik sayap kanan Perancis, Marine Le Pen menggesa lebih banyak masjid ditutup di negara itu bahkan di samping itu Imam juga telah dipecat oleh kerajaan tersebut.

- Ahli politik sayap kanan Perancis, Marine Le Pen gesa lebih banyak masjid ditutup di negara itu malah imam juga telah dipecat oleh kerajaan tersebut.
- “Dia (Gerald Darmanin) menutup masjid di sana, masjid di sini. Kadang-kadang dia memecat imam tetapi dia mesti menutup semua masjid ekstrim di negara kita,” – Marine Le Pen.
- Ketika disoal kriteria penutupan masjid, Marine berkata semua orang Islam yang mempunyai idealogi radikal harus dihantar pulang.
Ahli politik sayap kanan Perancis, Marine Le Pen menggesa lebih banyak masjid ditutup di negara itu bahkan di samping itu Imam juga telah dipecat oleh kerajaan tersebut.
“Dia (Gerald Darmanin) menutup masjid di sana, masjid di sini. Kadang-kadang dia memecat Imam tetapi tidak setakat itu dia mesti menutup semua masjid ekstrim di negara kita,” tegasnya dalam temu bual di sebuah saluran TV Perancis.
Memetik Anadolu Agency, gesaan tersebut dibuat sekalipun selepas 24 masjid di Perancis telah ditutup sejak dua tahun lalu atas arahan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.
Ketika disoal tentang kriteria penutupan tempat ibadah Muslim itu, Marine berkata semua orang Islam yang mempunyai idealogi radikal harus dihantar pulang.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan Perancis mengumumkan penutupan sebuah masjid selepas mendakwa imamnya ekstremis, anti-Perancis dan buat komen provokatif terhadap nilai-nilai republik.
Sumber : Anadolu Agency

You must be logged in to post a comment Login