Connect with us

Terkini

Sumbangan RM30 juta, kita wajar contohi alumni sekolah persendirian Cina

Susulan laporan sekolah Menengah Cina Yong Peng menerima sumbangan RM30 juta, seorang pengguna Facebook Dr. Amirul Amin mengatakan kita tidak perlu berasa cemburu dengan ikatan alumni sekolah-sekolah Cina sekalipun  perkara yang sama tidak berlaku kepada sekolah agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sumbangan RM30 juta, kita wajar contohi alumni sekolah persendirian Cina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengguna Facebook Dr. Amirul Amin mengatakan kita patut berasa cemburu dengan ikatan alumni sekolah-sekolah Cina kerana perkara yang sama tidak berlaku kepada sekolah agama.
  • “Mengapa alumni sekolah agama enggan atau malu untuk kembali menabur bakti atau sekurang-kurangnya memberikan sumbangan demi membangunkan sekolah-sekolah ini.”
  • Ini menyebabkan madrasah dan sekolah hebat pupus meninggalkan sekolah agama ‘jadian’ di mana akhirat nak kejar dan dunia pun tak mahu dilepaskan.
  • Kaum Cina begitu mementingkan pendidikan dan tidak berkira untuk menyumbang kepada sekolah terutama sekolah anak-anak mereka dan sekolah lama mereka.   – Cikgu Fadli Salleh
  • Perkara ini wajar ditiru oleh masyarakat kita.
  • Beliau menyeru kesemua pihak sokong dan bantu sistem pendidikan kita dengan menolong yang terdekat dahulu iaitu sekolah anak-anak kita.

KUALA LUMPUR – Susulan laporan sekolah Menengah Cina Yong Peng menerima sumbangan RM30 juta, seorang pengguna Facebook Dr. Amirul Amin mengatakan kita patut berasa cemburu dengan ikatan alumni sekolah-sekolah Cina kerana perkara yang sama tidak berlaku kepada sekolah agama.

Katanya, terdapat senario lebih dahsyat apabila bekas pelajar yang pernah belajar di sekolah pondok swasta yang serba daif kemudian memegang jawatan besar tergamak menutup sekolahnya sendiri dan menyaman guru yang mendidiknya.

“Mengapa alumni sekolah agama enggan atau malu untuk kembali menabur bakti atau sekurang-kurangnya memberikan sumbangan demi membangunkan sekolah-sekolah ini.

Seorang pengusaha dan mudir sekolah agama pernah memberikan ulasan dalam kes ini, katanya, “melahirkan pelajar-pelajar yang hebat di sekolah persendirian hanya untuk bekerja di sektor kerajaan sehingga melupakan asal usul.

Dasar kacang lupakan kulit!” katanya yang turut mempersoalkan di manakah terletaknya salah pendidikan agama dalam situasi ini?

Beliau berpandangan, berkemungkinan disebabkan senario ini madrasah hanya kelihatan hebat ketika pengasasnya masih hidup namun apabila mereka sudah tiada, ia ‘dibunuh’ sendiri oleh bekas-bekas pelajarnya. 

Katanya, “Jika tidak bunuh pun, ia dibiarkan mati!”

Kesannya, madrasah dan sekolah yang hebat menjadi pupus meninggalkan sekolah agama ‘jadian’ di mana akhirat nak kejar dan dunia pun tak mahu dilepaskan.

Dalam pada itu, guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara turut mengulas berkenaan isu tersebut di Facebooknya.

Menurutnya, kaum Cina begitu mementingkan pendidikan dan tidak berkira untuk menyumbang kepada sekolah terutama sekolah anak-anak mereka dan sekolah lama mereka. 

Justeru, Cikgu Fadli berkata perkara ini wajar ditiru oleh masyarakat kita.

Katanya, “Nak complain apa saja tentang kelemahan pendidikan, kekurangan sekolah, boleh. Tapi selepas complain apa tindakan kita?

Apa usaha kita untuk bantu sekolah anak-anak kita menjadi lebih baik? Apa sumbangan kita?” soalnya pada Selasa.

Jelasnya, kesemua pihak berhak untuk membuat aduan dan memberi cadangan bahkan boleh membuat tindakan untuk membantu menyelesaikan permasalahan itu.

Bagaimanapun, Cikgu Salleh berkata jika hanya sekadar merungut dan memberi cadangan semata-mata sedangkan pelaksanaanya mengharapkan orang lain untuk mencari dana dan sebagainya Mat Pit hisap gam pun boleh melakukannya.

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara maka kita perlu melihat sistem pendidikan mereka.

Justeru, beliau menyeru kesemua pihak menyokong dan membantu sistem pendidikan kita. Bantu yang terdekat dahulu iaitu sokong sekolah anak-anak kita.

Sumber : Facebook Dr.Amirul Amin, Cikgu Fadli Salleh

Author