Antarabangsa
4,000 dijangkiti HIV/AIDS setiap hari – UNAIDS
Laporan terbaru UNAIDS bertajuk “In Danger: Unaids Global Aids Update 2022” mendedahkan dunia tidak berada di landasan untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan global menjelang 2030.

- Laporan terbaharu UNAIDS mendedahkan dunia tidak berada di landasan untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan global menjelang 2030.
- Jangkaan akan berlaku 1.2 juta jangkitan HIV baharu di seluruh dunia pada 2025 berbanding sasaran 370,000 kes jangkitan HIV.
- Di peringkat global, jangkitan HIV baharu meningkat di 38 negara sejak 2015.
- Lebih satu perempat daripada 4,000 individu dijangkiti HIV setiap hari adalah golongan muda berumur 15-24 tahun.
- Lebih separuh daripada populasi golongan muda di rantau Asia-Pasifik tidak menerima perkhidmatan pencegahan HIV komprehensif.
Laporan terbaru UNAIDS bertajuk “In Danger: Unaids Global Aids Update 2022” mendedahkan dunia tidak berada di landasan untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan global menjelang 2030.
Ini berikutan pengurangan 3.6 peratus kadar jangkitan HIV baharu di peringkat global pada 2021 adalah kejatuhan tahunan terkecil sejak 2016.
Unjuran semasa menjangkakan akan berlaku 1.2 juta jangkitan baharu HIV di seluruh dunia pada 2025 iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 370,000.
Di Asia dan Pasifik, rantau paling ramai penduduk di dunia, data terkini UNAIDS menunjukkan jangkitan HIV semakin meningkat, sekaligus menyukarkan sasaran menamatkan AIDS menjelang 2030.
Di peringkat global, jangkitan HIV baharu meningkat di 38 negara sejak 2015. Di rantau Asia dan Pasifik, Filipina dan Malaysia antara negara yang mengalami peningkatan wabak epidemik itu dalam kalangan populasi utama.
Walaupun rawatan mampu milik untuk mencegah peningkatan kematian disebabkan AIDS disediakan, 650,000 dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan AIDS pada tahun lalu dengan 140,000 kes kematian itu berasal dari rantau Asia Pasifik.
Di peringkat global, lebih 1.5 juta individu dijangkiti HIV tahun lalu dengan 4,000 individu dilaporkan dijangkiti HIV setiap hari. Lebih satu perempat daripada mereka adalah golongan muda berumur 15-24 tahun.
Lebih separuh daripada populasi golongan muda di rantau Asia-Pasifik tidak menerima perkhidmatan pencegahan HIV yang komprehensif.
Sumber : Khmer Times

You must be logged in to post a comment Login