Antarabangsa
Turkiye kutuk mahkamah EU atas keputusan larangan bertudung
Turkiye mengutuk keputusan mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) yang membenarkan larangan bertudung mengikut keadaan sebagai melanggar hak kebebasan agama sekaligus menindas hak wanita Muslim di Eropah.

- Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) membenarkan larangan bertudung mengikut keadaan.
- Syarikat di negara tersebut boleh melarang pekerja mereka untuk memakai tudung untuk memaparkan imej “neutral” untuk kepuasan pelanggan.
- Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye, Fahrettin Altun berkata, “keputusan ini adalah cubaan memberikan legitimasi kepada perkauman.”
- Ankara telah berulang kali mengatakan negara-negara Eropah tidak berusaha untuk mencegah diskriminasi terhadap orang Islam.
ANKARA – Turkiye mengutuk keputusan mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) yang membenarkan larangan bertudung mengikut keadaan sebagai melanggar hak kebebasan agama sekaligus menindas hak wanita Muslim di Eropah.
Mahkamah Keadilan EU cawangan Luxembourg (CJEU) membuat keputusan yang syarikat di negara tersebut boleh melarang pekerja mereka untuk tidak memakai tudung bagi memaparkan imej “neutral” demi kepuasan pelanggan.
Menurut Menteri Luar Turkiye keputusan itu memburukkan lagi Islamofobia di Eropah.
“Keputusan CJEU di saat isu Islamofobia, perkauman, dan kebencian semakin buruk di Eropah mengesahkan kewujudan diskriminasi dalam kebebasan beragama,” ujar menteri itu.
Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye, Fahrettin Altun pula berkata, “ia juga cubaan mengiktiraf perkauman.”
Ankara sebelum ini telah berulang kali menegaskan negara Eropah tidak pernah berusaha untuk mencegah diskriminasi terhadap umat Islam.
Sumber : Middle East Monitor (MEMO)

You must be logged in to post a comment Login