Connect with us

Terkini

Siti Nuramira belum didakwa di Mahkamah Syariah

Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi dilepaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

siti nuramira belum didakwa di mahkamah syariah
Foto: Sumber Berita Harian, Nuramira Abdullah.
  • Siti Nuramira yang didakwa hina Islam semasa buat persembahan komedi dilepaskan tanpa jaminan atau bon oleh JAWI dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.
  • Proses dakwaan tidak diteruskan kerana melibatkan tuduhan sama serta hukuman dikenakan di mahkamah sivil lebih berat berbanding mahkamah syariah. 
  • Pihak JAWI dikatakan akan menghubungi pihak Siti Nuramira jika sudah bersedia untuk teruskan prosiding pendakwaan.
  • Setakat jam 9 malam semalam, peguam Siti Nuramira tidak berjaya mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira.
  • Semalam, wanita tersebut ditahan penguat kuasa JAWI selepas dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, terkait pertuduhan menghina Islam.

KUALA LUMPUR – Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi dilepaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Difahamkan, proses pendakwaan ke atas wanita berusia 26 tahun itu tidak diteruskan kerana melibatkan tuduhan sama serta hukuman dikenakan di mahkamah sivil lebih berat berbanding mahkamah syariah.

Paralegal kepada peguam R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir dalam kenyataan semalam berkata, beliau menerima panggilan daripada pegawai JAWI jam 10 malam tadi yang memaklumkan wanita itu akan dilepaskan tanpa jaminan atau bon oleh JAWI dengan serta merta.

Berita Harian melaporkan bahawa JAWI akan berhubung dengan Siti Nuramira apabila sudah bersedia untuk meneruskan prosiding pendakwaan.

Sementara itu, pasukan peguam wanita terbabit berkata, mereka sudah bersedia untuk prosiding pendakwaan di mahkamah semalam, bagaimanapun setakat jam 9 malam semalam, mereka tidak berjaya mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira.

Jelasnya, mereka hanya berjaya mendapatkan seorang akauntan dari London yang baru pulang ke Malaysia, namun peguam syarie berasa lelaki terbabit tidak sesuai menjadi penjamin, oleh itu mereka terus mencari penjamin yang sesuai.

Siti Nuramira pada Selasa ditahan penguat kuasa JAWI selepas dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, terkait pertuduhan menghina Islam.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin.

Pada hari yang sama, penulis bebas dipercayai teman lelakinya V Alexander Navin, 38, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Sumber : Berita Harian

 

Author