Connect with us

Antarabangsa

Orit Strook, Menteri Israel lakukan serangan seksual terhadap anak sendiri

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Anak menteri Israel, Shoshana Strook (kiri) & Menteri Penempatan dan Misi Kebangsaan Israel, Orit Strook (kanan)
  • “Selepas sekian lama dilanda keraguan, keadaan emosi yang sangat tertekan, dan rasa bersalah yang mendalam, saya ingin berkongsi bahawa saya mengalami penderaan seksual oleh kedua ibu bapa saya dan salah seorang abang saya.” – Shoshana Strook, anak menteri Israel.
  • Ibunya – Orit Strook merupakan Menteri Penempatan dan Misi Kebangsaan Israel merupakan penyokong tegar penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.
  • Ironinya, menteri Israel itu sebelum ini giat menyebarkan naratif palsu oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bahawa kumpulan pejuang Palestin, Hamas, telah melakukan serangan seksual pada 7 Oktober 2023.
  • Menurut The Times of Israel, satu perintah larangan laporan media yang sangat ketat telah dikenakan ke atas kes ini, yang sehingga hari Khamis lalu, melarang media daripada melaporkan kewujudan siasatan atau perintah tersebut.

ANKARA – Anak perempuan seorang menteri Israel telah mendakwa ibu bapanya dan salah seorang abangnya melakukan serangan seksual terhadapnya.

Shoshana Strook dalam satu kenyataan terbarunya berkata bahawa dia telah membuat laporan polis di Itali, dan berharap dapat menemui sedikit kelegaan.

“Selepas sekian lama dilanda keraguan, keadaan emosi yang sangat tertekan, dan rasa bersalah yang mendalam, saya ingin berkongsi bahawa saya mengalami penderaan seksual oleh kedua ibu bapa saya dan salah seorang abang saya.

“Saya kini berada di Itali dan baru-baru ini telah membuat laporan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan yang dipetik TRT Global.

Ibunya – Orit Strook merupakan Menteri Penempatan dan Misi Kebangsaan Israel merupakan penyokong tegar penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Ironinya, sebelum ini, beliau giat menyebarkan naratif palsu oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bahawa kumpulan pejuang Palestin, Hamas, telah melakukan serangan seksual pada 7 Oktober 2023.

Malah, pada Februari 2024, beliau berkata “Tiada manusia atau benda yang dinamakan sebagai rakyat Palestin.”

Mengulas lanjut tragedi serangan seksual dialaminya, Shoshana Strook berkata kenangan yang kembali menghantui dirinya kebelakangan ini menjadi terlalu membebankan, dan dia teringat juga salah satu insiden di mana dia terpaksa memukul tiga adik lelakinya.

“Saya berharap dapat menemui tempat yang memberi kelegaan,” katanya.

Strook tidak mendedahkan abang mana yang telah mencabulnya. Namun, salah seorang abangnya, Zviki Strook, dilaporkan pernah didakwa kerana menculik dan menyeksa seorang budak lelaki Palestin pada tahun 2007.

Laporan berita mengenai dakwaan itu dipetik beberapa media utama Israel, namun mereka terpaksa menyembunyikan identiti menteri itu dengan sekadar menyebut “pegawai kanan tinggi Israel”

Menurut The Times of Israel, satu perintah larangan laporan media yang sangat ketat telah dikenakan ke atas kes ini, yang sehingga hari Khamis lalu, melarang media daripada melaporkan kewujudan siasatan atau perintah tersebut.

Polis kini membenarkan aduan itu didedahkan kepada umum, tetapi butiran mengenai siasatan dan suspek masih dirahsiakan.

Perintah itu juga melarang media Israel daripada memetik laporan media asing mengenai kes ini, atau menghubungi mereka. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *