Connect with us

Terkini

“Jangan cemarkan tanah dewa”:  Hindutva usir dan ugut penduduk Muslim tinggalkan negeri

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.
  • Sebuah pertubuhan berhaluan Hindutva di Himachal Pradesh mengugut golongan minoriti iaitu umat Islam supaya meninggalkan negeri itu dengan mendakwa mereka sedang ‘mencemarkan’ devabhoomi (tanah para dewa).
  • “Saya mohon kepada anda semua supaya jangan ‘cemarkan’ kawasan ini. Saya tidak mahu sesiapa pun daripada kamu dilihat di sini selepas ini. Sila tinggalkan negeri ini secepat mungkin. Jika tidak, perkara buruk boleh berlaku,” kata salah seorang ahli Hindu Jagran Manch.
  • Dalam video bertarikh 24 Mac, Rakesh Tomar, pengasas kumpulan Hindutva berhaluan kanan ekstrem Rudrasena, dilihat mengugut beberapa pemilik kedai Muslim dan memberi mereka tempoh tujuh hari untuk mengosongkan premis masing-masing.

INDIA – Ahli-ahli Hindu Jagran Manch, sebuah pertubuhan berhaluan Hindutva di Himachal Pradesh mengugut golongan minoriti iaitu umat Islam supaya meninggalkan negeri itu dengan mendakwa mereka sedang ‘mencemarkan’ devabhoomi (tanah para dewa).

Dalam sebuah video tanpa tarikh yang dikongsi oleh The Observer Post dan mula tular di media sosial pada Ahad lalu, sekumpulan lelaki Muslim berdepan dengan ahli Hindu Jagran Manch yang secara lantang menuntut mereka menunjukkan kad Aadhaar atau bukti pengenalan diri lain.

Walaupun kumpulan Muslim itu menjelaskan bahawa mereka memiliki dokumen yang sah, kumpulan Hindutva terbabit enggan mendengar penjelasan mereka.

Apabila ditanya tentang asal usul mereka, golongan Muslim berkenaan menyatakan bahawa mereka berasal dari bandar Safipur, daerah Unnao di Uttar Pradesh.

“Saya mohon kepada anda semua supaya jangan ‘cemarkan’ kawasan ini. Saya tidak mahu sesiapa pun daripada kamu dilihat di sini selepas ini. Sila tinggalkan negeri ini secepat mungkin. Jika tidak, perkara buruk boleh berlaku,” kata salah seorang ahli Hindu Jagran Manch dalam rakaman itu — satu kenyataan yang dilihat sebagai amaran kepada kemungkinan berlakunya rusuhan antara kaum.

Seminggu sebelum itu, satu lagi video dari Himachal Pradesh tular apabila pemilik kedai Muslim di kawasan Paonta Sahib telah diugut oleh kumpulan ekstremis Hindutva supaya menutup perniagaan mereka dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Dalam video bertarikh 24 Mac, Rakesh Tomar, pengasas kumpulan Hindutva berhaluan kanan ekstrem Rudrasena, dilihat mengugut beberapa pemilik kedai Muslim dan memberi mereka tempoh tujuh hari untuk mengosongkan premis masing-masing.

Himachal Pradesh kini diperintah oleh parti Kongres, dengan Sukhwinder Singh Sukhu sebagai Ketua Menteri. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *