Connect with us

Terkini

IKRAM tidak pernah terima dana USAID

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin
  • Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang bantuan atau dana USAID dan kenyataan yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar sama sekali serta bertujuan mencemarkan nama baik pertubuhan itu dan menggugat kepercayaan masyarakat terhadap IKRAM.
  • IKRAM bagaimanapun hanya pernah terlibat membantu mengedarkan 400 pek makanan sumbangan USAID semasa pandemik COVID-19 pada April 2020 di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Bantuan makanan itu disalurkan kepada anggota masyarakat yang memerlukan akibat bencana pandemik dan bukan untuk IKRAM atau ahlinya.
  • “Penglibatan IKRAM adalah sukarela dan tidak melibatkan sebarang bentuk kerjasama berterusan atau pertukaran dana,” kata Badlishah menerusi kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menafikan tohmahan dan fitnah yang tersebar di media sosial baru-baru ini bahawa pihaknya pernah menerima dana Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID).

Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang bantuan atau dana USAID dan kenyataan yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar sama sekali serta bertujuan mencemarkan nama baik pertubuhan itu dan menggugat kepercayaan masyarakat terhadap IKRAM.

Beliau menjelaskan pihaknya bagaimanapun hanya pernah terlibat membantu mengedarkan 400 pek makanan sumbangan USAID semasa pandemik COVID-19 pada April 2020 di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, bantuan makanan itu disalurkan kepada anggota masyarakat yang memerlukan akibat bencana pandemik dan bukan untuk IKRAM atau ahlinya.

“Penglibatan IKRAM pada masa itu adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial untuk membantu golongan yang terkesan dalam situasi genting.

“Penglibatan IKRAM adalah sukarela dan tidak melibatkan sebarang bentuk kerjasama berterusan atau pertukaran dana.

“IKRAM ingin menegaskan bahawa segala aktiviti yang dijalankan pertubuhan ini sentiasa berlandaskan prinsip kebajikan, kejujuran dan ketelusan, oleh itu, IKRAM menyeru semua pihak agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita palsu atau fitnah yang disebarkan tanpa usul periksa.

“IKRAM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuba menimbulkan fitnah pada bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Badlishah menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas siapakah pencetus kepada tohmahan dan fitnah dilemparkan tersebut atau kandungan yang bagaimana disebarkan di media sosial.

Namun, antara hantaran dilihat hangat di Facebook berhubung isu sama ketika ini adalah berkenaan tulisan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bertajuk, “ABIM, IKRAM, BERSIH ANTARA DALAM SENARAI PENERIMA DANA USAID”.

Foto: Tangkap layar antara kandungan hantaran Facebook Tun Faisal Ismail Aziz.

Tun Faisal pada awal penulisan beliau telah memetik hantaran pengguna Facebook, Lim Sian See  yang menyatakan, “Media Singapura melaporkan bahawa sehingga 40 NGO di Malaysia bakal gulung tikar kerana kerajaan Trump berhasrat membubarkan agensi USAID.”

Tulisan Lim Sian See itu menyatakan bahawa USAID sememangnya telah lama dituduh sebagai alat Amerika Syarikat untuk menukar rejim di negara-negara asing atas nama bantuan dan pembangunan.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Lim Sian See.

Menurut Tun Faisal, ada rakan FB Lim Sian See telah membuat carian (berkemungkinan melalui ChatGPT) dan menemui senarai 40 NGO itu antaranya adalah IKRAM; Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); BERSIH 2.0; SUARAM (Suara Rakyat Malaysia); Centre for Independent Journalism (CIJ) dan banyak lagi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *