Connect with us

Terkini

Tidak perlu iktiraf UEC sebagai “direct intake” ke IPTA

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz
  • Cadangan supaya pelajar lepasan UEC diterima masuk ke IPTA secara direct intake adalah tidak diperlukan kerana sistem pendidikan, silibus, kurikulum dan kokurikulum berkenaan jauh berbeza dari sistem pendidikan kebangsaan.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata IPTA atau Universiti Awam sepatutnya memberikan pendidikan kepada pelajar yang datang dari saluran pendidikan kebangsaan.
  • “Walaupun ada pengiktirafan oleh kerajaan kepada UEC sebelum ini, ia telah banyak menimbulkan kontroversi, dan perkara ini juga boleh menimbulkan rasa sensitif kepada sistem pendidikan itu sendiri dan keseluruhan masyarakat yang mendukung sistem pendidikan kebangsaan tu. 
  • “Saya percaya cadangan ini, sekiranya tidak diberi perhatian dan jawapan yang tegas, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan ia juga akan menggugat keupayaan sistem pendidikan pada peringkat kebangsaan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang kelmarin di Dewan Rakyat meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya mengkaji  dengan mendalam untuk memberikan laluan kepada sijil UEC dijadikan sebagai salah satu syarat memasuki IPTA di bawah sistem ‘direct intake’ tanpa perlu melalui UPU.

KUALA LUMPUR — Cadangan supaya pelajar lepasan Unified Examination Certificate (UEC) diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara direct intake adalah tidak diperlukan kerana sistem pendidikan, silibus, kurikulum dan kokurikulum berkenaan jauh berbeza dari sistem pendidikan kebangsaan.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata IPTA atau Universiti Awam sepatutnya memberikan pendidikan kepada pelajar yang datang dari saluran pendidikan kebangsaan.

Beliau berkata hal itu tidak seharusnya ditimbulkan dalam kalangan masyarakat kerana perkara seperti menonjolkan UEC adalah perkara yang agak sensitif sepanjang zaman.

“Walaupun ada pengiktirafan oleh kerajaan kepada UEC sebelum ini, ia telah banyak menimbulkan kontroversi, dan perkara ini juga boleh menimbulkan rasa sensitif kepada sistem pendidikan itu sendiri dan keseluruhan masyarakat yang mendukung sistem pendidikan kebangsaan tu. 

“Saya percaya cadangan ini, sekiranya tidak diberi perhatian dan jawapan yang tegas, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan ia juga akan menggugat keupayaan sistem pendidikan pada peringkat kebangsaan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang kelmarin di Dewan Rakyat meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya mengkaji  dengan mendalam untuk memberikan laluan kepada sijil UEC dijadikan sebagai salah satu syarat memasuki IPTA di bawah sistem ‘direct intake’ tanpa perlu melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Yu Hui percaya pelajar lepasan UEC berhak dan layak dilayan sama taraf dengan sijil negara asing seperti A-level, International Baccalaureate (IB) atau Australia Matriculation dengan syarat mereka tidak menerima subsidi kerajaan untuk masuk ke IPTA.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata beliau percaya isu berkenaan tidak seharusnya dilihat dalam bentuk perkauman kerana kita tahu pendidikan UEC itu melibatkan kaum Cina, tetapi kita wajar melihatnya tentang keutamaan pada sistem pendidikan negara. 

Katanya, kemasukan pelajar lepasan UEC ke universiti awam boleh menjadi satu persaingan kepada sistem pendidikan kebangsaan.

“…dalam negara ini kita perlu angkat sistem pendidikan kebangsaan yang saya percaya dengan sistem pendidikan kebangsaan inilah yang saluran yang satu ni lah, yang akan memberikan impak kepada hasil sistem pendidikan yang kita ada di universiti awam ini,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *