Connect with us

Terkini

(VIDEO) GISBH: Anak tidak dipulangkan, Ibu bapa tuntut penjelasan JKM

Ibu bapa kepada kanak-kanak terkait kes Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) berkata mereka merasakan ibarat “pengemis” untuk mengetahui status anak mereka yang diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar posting akaun TikTok @alongwiyah.
  • Ibu bapa kepada kanak-kanak terkait kes Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) berkata mereka merasakan ibarat “pengemis” untuk mengetahui status anak mereka yang diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Seorang wanita menggunakan akaun TikTok @alongwiyah mendakwa dia direman selama 12 hari bagi membantu siasatan kes dan anak-anaknya diambil JKM untuk jagaan sementara, namun selepas siasatan selesai anak-anaknya tidak dikembalikan.
  • Beliau berkata anaknya ditahan ketika dalam jagaannya dan bukan berada di pusat jagaan GISBH, maka sepatutnya diserahkan kembali kepadanya memandangkan siasatan terhadapnya sudah tamat.
  • Wanita itu memuat naik beberapa klip video memaparkan sekumpulan ibu bapa menemui seorang pegawai JKM di Johor Bahru untuk mendapatkan penjelasan berhubung status anak mereka.
  • Menerusi klip video bahagian satu yang dimuat naik baru-baru ini, pegawai JKM berkata sepatutnya anak-anak itu sudah dibenarkan pulang kepangkuan keluarga pada 3 Oktober lalu di mana ibu bapa perlu menyerahkan surat tuntutan kepada pihak JKM.

KUALA LUMPUR — Ibu bapa kepada kanak-kanak terkait kes Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) berkata mereka merasakan ibarat “pengemis” untuk mengetahui status anak mereka yang diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang wanita menggunakan akaun TikTok @alongwiyah mendakwa dia direman selama 12 hari bagi membantu siasatan kes dan anak-anaknya diambil JKM untuk jagaan sementara, namun selepas siasatan selesai anak-anaknya tidak dikembalikan.

Beliau berkata anaknya ditahan ketika dalam jagaannya dan bukan berada di pusat jagaan GISBH, maka sepatutnya diserahkan kembali kepadanya memandangkan siasatan terhadapnya sudah tamat.

Foto: Tangkap layar posting di akaun TikTok @alongwiyah yang dimuat naik pada Khamis.

Wanita itu memuat naik beberapa klip video memaparkan sekumpulan ibu bapa menemui seorang pegawai JKM di Johor Bahru untuk mendapatkan penjelasan berhubung status anak mereka.

Foto: Tangkap layar posting dan komen netizen di akaun TikTok @alongwiyah.

Menerusi klip video bahagian satu yang dimuat naik baru-baru ini, pegawai JKM berkata sepatutnya anak-anak itu sudah dibenarkan pulang kepangkuan keluarga pada 3 Oktober lalu di mana ibu bapa perlu menyerahkan surat tuntutan kepada pihak JKM.

Pegawai JKM itu berkata beliau sendiri sudah mengemukakan permohonan ibu bapa terbabit kepada pihak atasan yang antaranya memohon ingin melihat gambar anak mereka dan ingin bawa anak mereka pulang.

Foto: Tangkap layar klip video bahagian pertama dimuat naik akaun TikTok @alongwiyah.

Bagaimanapun, beliau belum menerima sebarang arahan atau makluman pihak atasan, yang membawa maksud dia tidak boleh menunjukkan gambar atau keadaan anak-anak itu kepada ibu bapa mereka sehingga mendapat pelepasan pihak terbabit.

“Jadi semua permohonan kita dah angkat, surat kita dah angkat, permohonan untuk tengok anak kita dah angkat, permohonan untuk paling kurang gambar pun kita dah angkat juga sejak daripada 3 hari bulan.

“Encik Fakhrul beritahu dengan saya dia nak buat permohonan untuk tengok anaknya hari itu juga saya terus angkat tapi sampai sekarang memang kita tak dapat apa-apa arahan (dari pihak atasan),” kata pegawai itu yang dikaburkan mukanya.

Pegawai itu turut mengakui dalam kes membabitkan ibu bapa tersebut juga sememangnya tiada unsur penderaan berlaku ke atas anak-anak mereka selepas ia sudah dikenal pasti sejak hari pertama anak-anak itu diambil (JKM hanya urus kes kanak-kanak terlibat dengan penderaan atau pengabaian).

Foto: Tangkap layar klip video bahagian kedua dimuat naik akaun TikTok @alongwiyah.

“Jadi dalam isu ni, dia tak ada cerita pun pasal dera. Betul? (tanya ibu bapa) Polis takde cerita pun kata, “Okay kita dapati encik ni ada unsur-unsur pendera anak jadi kita minta untuk encik standby untuk didakwa di mahkamah”.

“Ada polis cakap macam tu? Tak ada… Jadi dekat sini, kita ada isu sikit… Kita ada isu sikit dekat situ,” kata pegawai itu yang menjelaskan bahawa ibu bapa terbabit sebelum ini ditahan reman kerana disyaki melakukan pengabaian dan penderaan menyebabkan anak-anak dijaga JKM untuk sementara waktu.

Beliau berkata setakat ini arahan yang beliau terima daripada pihak atasan adalah perlu menunggu.

“Sekiranya ada permohonan untuk melawat, kedua nak tengok gambar, ketiganya nak minta balik budak yang umur bawah 5 tahun perlu buat permohonan secara bersurat.

“Tetapi ceritanya angkat lagi maksudnya buat surat itu bagi kepada saya… Saya bagi kepada negeri dan negeri akan angkat kepada Putrajaya dan kena tunggu situasi dia adalah macam itu sebab selagi saya tak dapat apa-apa kata putus daripada Putrajaya yang saya mampu buat adalah untuk angkat permohonan sahaja,” katanya dalam klip video bahagian ketiga. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *