Connect with us

Terkini

Belum ada keputusan henti subsidi pendidikan anak orang kaya

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan bagi menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Kerajaan Madani & Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan masih dalam peringkat penelitian dan beberapa prinsip harus diambil kira sebelum dilaksanakan.
  • Kaedah penyasaran semula subsidi pendidikan tidak boleh disamakan seperti pelaksanaan penyasaran semula subsidi elektrik.
  • “Kalau pada isu (penyasaran) subsidi elektrik sebagai contoh, kita beri penekanan bahawa 85 peratus daripada pengguna di semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan sebarang kenaikan, maka kita boleh ambil itu sebagai satu prinsip.
  • “Cuma dalam beberapa perkara seperti pendidikan, ia tidak berdasarkan seperti dalam kes bil elektrik, ia adalah bersandarkan kepada tahap penggunaan, tetapi dalam isu pendidikan, mungkin kita akan teliti beberapa perkara yang lain,” kata Fahmi dipetik media tempatan pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya, hari ini.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan memberi bayangan bahawa kerajaan mungkin akan menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak kelompok kaya.

KUALA LUMPUR — Kerajaan belum membuat sebarang keputusan bagi menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya.

Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan masih dalam peringkat penelitian dan beberapa prinsip harus diambil kira sebelum dilaksanakan.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kaedah penyasaran semula subsidi pendidikan tidak boleh disamakan seperti pelaksanaan penyasaran semula subsidi elektrik.

“Kita belum putuskan (untuk menghentikan subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya), ia masih di peringkat penelitian, ada beberapa perkara yang menjadi prinsip secara umumnya.

“Kalau pada isu (penyasaran) subsidi elektrik sebagai contoh, kita beri penekanan bahawa 85 peratus daripada pengguna di semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan sebarang kenaikan, maka kita boleh ambil itu sebagai satu prinsip.

“Cuma dalam beberapa perkara seperti pendidikan, ia tidak berdasarkan seperti dalam kes bil elektrik, ia adalah bersandarkan kepada tahap penggunaan, tetapi dalam isu pendidikan, mungkin kita akan teliti beberapa perkara yang lain,” katanya dipetik media tempatan pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan memberi bayangan bahawa kerajaan mungkin akan menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak kelompok kaya.

Menyifatkan tindakan membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan sebagai tindakan tidak adil, Perdana Menteri menegaskan dana berkenaan sepatutnya boleh diagihkan kepada golongan miskin.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam maklumbalasnya berhubung perkara itu berkata, penamatan subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Kenyataan Perdana Menteri bagaimanapun mengundang kritikan bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming yang mengatakan Anwar gemar memberikan cadangan populis atau ‘knee jerk reaction’ iaitu bertindak balas terhadap sesuatu tanpa berfikir.

Kian Ming mendakwa Anwar sering menggunakan pentas untuk membuat pengumuman yang tidak membuat persediaan dasar dengan mencukupi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *