Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Pemimpin gereja, pastor dan paderi berdiam diri umpama benarkan genosid – Pastor Bethlehem

Pemimpin gereja, pastor, ahli teologi dan paderi digesa bersuara menolak penindasan penduduk Palestin kerana mendiamkan diri terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) adalah seolah-olah bersetuju dengan tindakan zalim rejim zionis Israel itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Pastor Gereja Evangelical Lutheran Christmas di Bethlehem, Reverend Munther Isaac

KUALA LUMPUR – Pemimpin gereja, pastor, ahli teologi dan paderi digesa bersuara menolak penindasan penduduk Palestin kerana mendiamkan diri terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) adalah seolah-olah bersetuju dengan tindakan zalim rejim zionis Israel itu.

Perkara itu dinyatakan Pastor Gereja Evangelical Lutheran Christmas di Bethlehem, Reverend Munther Isaac dalam wawancara bersama Amy Goodman di saluran YouTube Democracy Now! dimuat naik pada 14 Ogos lalu.

Isaac dalam ucapaannya merujuk kepada situasi di Amerika Syarikat (AS) dengan menyatakan tindakan membiarkan AS terus menerus membiayai genosid dan memberi perlindungan politik berkenaan peperangan di Gaza itu memerlukan kepada tindakan balas lebih proaktif.

“Jadi saya di sini untuk bercakap kepada pemimpin agama, khususnya pemimpin gereja. (Iaitu) komuniti saya sendiri, supaya menyaringkan suara kerana 10 bulan telah berlalu sejak tercetusnya peperangan ini dan kami penat dengan seruan kosong untuk keamanan, kami penat dengan perbincangan sama.

“Dan sudah tiba masanya suara pemimpin agama, ia mesti didengari memandangkan kita berada di negara yang membiayai genosid (pembunuhan beramai-ramai) ini, memandangkan kita berada di negara yang terus berikan perlindungan politik berkenaan perang di Gaza ini.

“Jadi jika kamu berdiam diri, walhal tahu bagaimana wang kamu dibelanjakan, itu maknanya kamu menyetujuinya, maka cukuplah. Saya berharap semakin ramai pemimpin agama, pastor, ahli teologi, paderi, lebih bersuara supaya tragedi di Gaza ini dihentikan,” kata Isaac.

Amy Goodman turut meminta Pastor itu mengulas mengenai Kristian zionis evangelis yang dilihat banyak memberikan perlindungan dan kekuasaan terhadap Israel.

“Baiklah, zionis Kristian adalah orang Kristian yang mendorong wawasan zionisme dengan membawa orang Yahudi ke Palestin.

“Orang Kristian mula mengimpikan konsep membawa orang Yahudi ke Palestin lama sebelum (adanya) gerakan zionis moden.

“Dan ideanya adalah supaya orang Yahudi suatu hari nanti akan dipulihkan menggunakan istilah teologi yang sebenarnya bermaksud (mereka akan) memeluk agama Kristian dan menerima Jesus sebagai Messiah dan untuk (insiden) itu berlaku, mereka mesti berada di Palestin, iaitu di tanah suci.

“Ramai Kristian kemudian akan mengatakan jika kedatangan kali kedua Jesus akan berlaku, situasi ini mesti berlaku terlebih dahulu. Jadi mereka mengikatnya dengan kedatangan kali kedua Jesus.

“Dan hari ini gerakan ini telah berkembang kuat menjadi satu kuasa politik. Memberikan jutaan dolar dan sangat terlibat dalam lobi politik bagi pihak Israel. Kita mempunyai ramai ahli kongres lelaki dan wanita yang sebenarnya menyebut frasa zionis Kristian seperti “kamu perlu memberkati Israel,” “Israel dipilih tuhan,” “ia satu perintah Kristian untuk menyokong Israel,” katanya.

Dalam memperjelaskan tindakan kejam zionisme terhadap penduduk asal Palestin, Pastor itu turut menegaskan tiada siapa patut membisu apabila zionis meggunakan Bible (Injil) sebagai senjata membenarkan genosid, sekali gus mempersoalkan ke mana perginya konsep kasih sayang dan keadilan dalam kekejaman dijalankan.

“Maka ini adalah satu kuasa politik yang sangat kuat dan kembali kepada apa yang saya katakan bahawa – kita tidak boleh membisu apabila Bible dijadikan senjata ketika ini untuk meneruskan genosid dengan cara sama, kerana apabila kita melihat zionisme dan zionisme Kristian, sebenarnya mereka telah menyumbang kepada Nakbah 1948, dalam pembersihan etnik rakyat Palestin, ratusan ribu pelarian (Palestin), (kerana) Israel tidak dicipta atas satu tanah yang kosong.

“Dan sebagai seorang pastor saya mempersoalkan di manakah konsep kedamaian dan cinta dan keadilan dan belas kasihan dalam semua ini? Ia mengejutkan bagi kita bahawa ramai orang Kristian tidak melihat sudut kemanusiaan rakyat Palestin kerana teologi (zionis) sebegini,” kata pastor itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *