Connect with us

Terkini

Lebih afdal farmasi Muslim laksanakan program bantuan perubatan kepada asnaf – Mufti Pulau Pinang

Lebih afdal farmasi Muslim diberikan keutamaan melaksanakan program bantuan perubatan kepada kelompok asnaf kerana ia membabitkan penggunaan duit zakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Lebih afdal farmasi Muslim diberikan keutamaan melaksanakan program bantuan perubatan kepada kelompok asnaf kerana ia membabitkan penggunaan duit zakat.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ia bertujuan menghindari persepsi salah, terutama dalam kalangan masyarakat Islam berhubung perkara itu.
  • Wan Salim bagaimanapun berkata, dari segi hukum agama, tiada larangan bantuan itu dilaksanakan farmasi bukan Muslim.
  • “Kita perlu elakkan apa jua tindakan yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai walaupun dalam perkara yang diharuskan di sisi hukum agama.
  • “Mematuhi perintah agama adalah wajib ke atas seseorang Muslim, tetapi melaksanakan perintah itu secara bijaksana juga dituntut oleh agama,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times minggu lalu.
  • Wan Salim diminta mengulas mengenai pelaksanaan program membekalkan bantuan perubatan kepada kelompok asnaf oleh farmasi Muslim dan bukan Muslim yang melibatkan penggunaan duit zakat.

KUALA LUMPUR – Lebih afdal farmasi Muslim diberikan keutamaan melaksanakan program bantuan perubatan kepada kelompok asnaf kerana ia membabitkan penggunaan duit zakat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ia bertujuan menghindari persepsi salah, terutama dalam kalangan masyarakat Islam berhubung perkara itu.

Wan Salim bagaimanapun berkata, dari segi hukum agama, tiada larangan bantuan itu dilaksanakan farmasi bukan Muslim.

“Kita perlu elakkan apa jua tindakan yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai walaupun dalam perkara yang diharuskan di sisi hukum agama. 

“Mematuhi perintah agama adalah wajib ke atas seseorang Muslim, tetapi melaksanakan perintah itu secara bijaksana juga dituntut oleh agama,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times minggu lalu.

Wan Salim diminta mengulas mengenai pelaksanaan program membekalkan bantuan perubatan kepada kelompok asnaf oleh farmasi Muslim dan bukan Muslim yang melibatkan penggunaan duit zakat.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata situasi itu hampir menyamai insiden sewaktu pandangan beliau selaku mufti yang mengharuskan tindakan penyerahan bantuan zakat disampaikan wakil rakyat bukan Islam kepada penerima asnaf beberapa tahun lalu dikritik sebahagian masyarakat Muslim.

Katanya, oleh itu adalah bijaksana sekiranya dielakkan reaksi yang tidak baik daripada mana-mana pihak.

“Isu ni lebih kurang sama dengan isu penyerahan bantuan zakat yang disampaikan oleh wakil rakyat bukan Muslim kepada penerima asnaf  beberapa tahun yang lalu.

“Walaupun tidak menjadi kesalahan dilihat daripada sudut hukum Islam, tetapi sebahagian masyarakat Muslim telah mengkritik pandangan saya (Mufti Pulau Pinang) yang mengharuskan  tindakan tersebut. 

“Jadi adalah bijaksana dielakkan reaksi yang tidak baik daripada mana-mana pihak,” kata Mufti Pulau Pinang itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *