Connect with us

Antarabangsa

Israel abai ugutan bunuh, wartawan Palestin ditembak mati

Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala dari jarak dekat selepas beliau membuat aduan menerima ugutan bunuh dan tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel tembak mati wartawan Palestin
Foto: Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala dari jarak dekat selepas beliau membuat aduan menerima ugutan bunuh dan tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel. 
  • Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala selepas beliau selesai solat Maghrib.
  • Nadal Ijbaria, 44, ditembak di kepala dari jarak dekat oleh dua penembak yang mendekati keretanya selepas beliau menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid di pinggir Kina, Umm Al-Fahm. 
  • Pada Jun 2021, Nadal membuat aduan menerima ugutan bunuh selepas menjadi sasaran sekumpulan lelaki bersenjata yang melepaskan hampir 50 tembakan ke arah rumah keluarganya.
  • Bagaimanapun, aduan itu tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel yang tidak melakukan apa-apa tindakan.

TEHRAN –  Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala dari jarak dekat selepas beliau membuat aduan menerima ugutan bunuh dan tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel. 

Nadal Ijbaria ditembak di kepala dari jarak dekat oleh dua penembak yang mendekati keretanya sebelum mereka bergegas meninggalkan kawasan itu, demikian menurut seorang warga Palestin yang menjadi saksi kejadian.  

Ketika kejadian, Nadal berjalan ke keretanya di luar rumahnya yang terletak di pinggir Kina, Umm al-Fahm pada malam Ahad selepas menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid.

Wartawan berusia 44 tahun itu sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian atas badannya berdasarkan sumber perubatan Israel, demikian lapor agensi berita Tasnim. 

Susulan insiden tembakan itu, paramedik melakukan pembedahan resusitasi ke atasnya sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Ha’Emek di bandar utara Afula untuk mendapatkan rawatan. 

Bagaimanapun, wartawan itu disahkan mati selepas cubaan untuk menyelamatkan dilakukan.

Keluarga wartawan itu mendakwa pihak berkuasa Israel bertanggungjawab di atas kejadian itu, memandangkan mangsa telah membuat aduan mengenai ugutan bunuh yang diterimanya.

Pada Jun 2021, Nadal terselamat daripada kecederaan selepas rumahnya menjadi sasaran sekumpulan lelaki bersenjata yang melepaskan hampir 50 tembakan. 

Wartawan Palestin itu kemudiannya menyiarkan beberapa gambar di akaun Facebook dan Instagramnya pada masa itu bagi mendokumentasikan serangan ke atas rumahnya.

“Malangnya, polis tiba-tiba tidak aktif. Mereka sentiasa menuduh keluarga mangsa tidak bekerjasama dalam siasatan untuk mengelak tanggungjawab tetapi kami telah memberikan mereka semua bukti dan ancaman yang Nadal dan keluarga alami,” kata bapa mangsa, Mohammed Ijbaria.

“Walaupun terdapat peningkatan jenayah dalam kalangan masyarakat Arab, namun Israel tidak mengambil tindakan untuk menghentikannya. Jenayah ini bukannya yang terakhir kerana kita terpaksa berdiam diri terhadap semua kecelakaan ini,” katanya.

Sumber: Tasnim News 

Author