Connect with us

Terkini

Gaji guru Tabika KEMAS dikaji semula – TPM

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang menstruktur semula skim tangga gaji 10,174 tenaga pengajar Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) supaya selaras dengan kelulusan dan pengalaman mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Gaji guru Tabika KEMAS dikaji semula – TPM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang menstruktur semula skim tangga gaji 10,174 tenaga pengajar Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) supaya selaras dengan kelulusan dan pengalaman mereka.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan bagi memperincikan cadangan berkenaan.

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang menstruktur semula skim tangga gaji 10,174 tenaga pengajar Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) supaya selaras dengan kelulusan dan pengalaman mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan bagi memperincikan cadangan berkenaan.

“Sekarang skim perkhidmatan yang ada ialah jawatan kontrak dan terdapat antara pendidik masyarakat (tenaga pengajar) di Tabika mempunyai sijil, diploma, ijazah dan ada juga sarjana.

“Oleh kerana skim ini tidak berasaskan kelulusan, kami tertakluk kepada skim itu, maka tidak adil yang berdasarkan kelulusan dan pengalaman, tidak diberikan pengiktirafan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi libat urus Program Tabika Pra Tahfiz KEMAS di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tunggakan RM14.04 juta, Prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.
  • Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.
  • UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Menurut Bernama, daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

Menjawab isu hutang tersebut , UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

LKAN dalam laporan tersebut turut menyentuh bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di UIAM adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

“Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM,“ menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik COVID.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending