Connect with us

Terkini

ChatGPT tidak sesuai rujukan isu hukum agama

Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menggunakan aplikasi ChatGPT untuk dijadikan panduan rujukan pelbagai isu yang melibatkan hukum agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

ChatGPT tidak sesuai rujukan isu hukum agama
Foto: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
  • “Berdasarkan penelitian saya mendapati buat masa ini, ia kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.” – Bekas Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  • “Selain itu, sistem kecerdasan buatan (AI) di aplikasi tersebut banyak masalah. Benar kita boleh ajar AI jika ia menjawab dengan jawapan salah, tapi antara elemen utama tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal,” katanya. 
  • Sistem itu turut dikritik oleh pelbagai pihak akademik kerana dikesan beri jawapan dengan ketepatan fakta yang tidak sekata dan boleh diragui kredibiliti.
  • Beliau berpandangan ChatGPT hanya sesuai sebagai panduan umum tetapi tidak mesti tepat dalam kalangan mereka yang telah ada asas baik subjek agama.

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menggunakan aplikasi ChatGPT untuk dijadikan panduan rujukan pelbagai isu yang melibatkan hukum agama.

Peringatan itu disuarakan tokoh ilmuwan Islam yang juga bekas Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kerana menyifatkan jawapan diberikan sistem tersebut adalah salah.

“Berdasarkan penelitian saya mendapati buat masa ini, ia kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.

“Selain itu, sistem kecerdasan buatan (AI) di aplikasi tersebut juga ada banyak masalah. Benar kita boleh mengajar AI jika ia menjawab dengan jawapan salah, tetapi antara elemen utama tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal,” katanya.

ChatGPT atau Chat Generative Pre-Trained Transformer merupakan bot sembang yang diperkenalkan firma OpenAI pada akhir tahun lepas oleh Sam Altman di Amerika Syarikat.

Ia berasaskan teras model ‘chatbot’ untuk cuba meniru gaya perbualan normal manusia termasuk menulis dan menjawab soalan malah menjadi fenomena seluruh dunia ketika ini.

Walau bagaimanapun, sistem itu turut dikritik oleh pelbagai pihak akademik kerana dikesan memberi jawapan dengan ketepatan fakta yang tidak sekata dan boleh diragui kredibiliti.

Meskipun begitu, beliau berpandangan ChatGPT hanya sesuai sebagai panduan umum tetapi tidak semestinya tepat dalam kalangan mereka yang telah ada asas baik subjek agama.

“Namun ia bukanlah ranah atau bidang lapangan ilmu yang bersesuaian untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan tuntas bagi persoalan agama,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *