Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mengapa negara krisis majoriti rakyatnya Muslim?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penasihat Khas Menteri Luar Negeri, Isu Kemanusiaan dan Pembangunan Semula,  Datuk Ahmad Azam Ab. Rahman

KUALA LUMPUR — Kebanyakan negara majoriti Muslim yang sedang dilanda krisis ketika ini, termasuk konflik di Palestin, Iraq, Libya dan Afghanistan didakwa berpunca daripada kuasa Barat yang ingin melemahkan serta memecah-belahkan umat Islam.

Itu pandangan Penasihat Khas Menteri Luar Negeri, Isu Kemanusiaan dan Pembangunan Semula,  Datuk Ahmad Azam Ab. Rahman ketika ditanya tentang mengapa kebanyakan negara dilanda krisis majoriti rakyatnya adalah daripada kalangan Muslim.

Sebagai contoh, Ahmad Azam menyebut Libya yang telah dihancurkan, sedangkan dulu ia sebuah negara maju dan aman di bawah pemerintahan Muammar Gaddafi yang kononnya didakwa autokratik.

Menurut beliau, di bawah pemerintahan Gaddafi, penduduk Libya tidak perlu membayar cukai pendapatan, rumah disediakan, mereka digalakkan untuk berkahwin, pendidikan percuma dan banyak lagi kemudahan yang dinikmati rakyat negara itu.

Mengapa dibom? Negara Barat yang mengebom mereka itu, itu bukan autokratik? Bukan zalim? 

“Semua ini dicipta untuk menjejaskan kestabilan umat Islam.  Zaman penjajahan tidak boleh bersatu, ia harus dipecahkan dan dilemahkan. 

“Gaddafi itu kuat, kuat menentang hegemoni Barat (dan dia) dibunuh… Saddam (bekas Presiden Iraq) itu kuat menentang akhirnya dibunuh… Sudan itu negara minyak yang kuat (kaya dengan sumber minyak), dipecah dua.

“Maknanya kita jangan lupa bahawa sistem penjajahan selama 100 tahun yang kita lalui tersebut direka untuk memastikan umat Islam tidak bersatu sama sekali,” kata Ahmad Azam.

Beliau berkata demikian di episod terbaru podcast Garis Krisis (GK) bertajuk, “Diplomasi dan Kemanusiaan, Malaysia Tidak Selamanya Aman” yang bersiaran di YouTube The Merdeka Times dan dihoskan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain.


Menurut laman web International Rescue Committee (IRC) dalam laporan bertajuk, “10 krisis utama yang dunia tidak boleh abaikan pada tahun 2025”, negara yang berada di kedudukan pertama sebagai krisis paling serius ialah Sudan di mana ia kini mencatatkan krisis kemanusiaan terbesar pernah direkodkan.

Ia diikuti Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) di tempat kedua, kemudian Myanmar dan Syria masing-masing di tempat ketiga dan keempat. — The Merdeka Times

Author