Connect with us

Hartanah

Pemilik tanah berbangsa Cina setuju jual tapak Masjid Jamek Ar Ridzuan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: ADUN Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali
  • ADUN Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali berkata pengerusi masjid semalam telah menghubungi tuan tanah terbabit yang akhirnya bersetuju berurusan dengan pihak masjid terlebih dahulu dalam usahanya melepaskan pegangannya.
  • “Saya bangga dengan langkah ini. Boleh dikatakan ini contoh pertama yang mana semua kutipan derma daripada semua masjid di negeri ini disalurkan untuk tabung ini. Ini satu perkembangan yang sangat melegakan,” katanya.
  • Perkembangan itu dilihat mampu menyelamatkan masjid berusia hampir 100 tahun itu yang popular dalam kalangan penduduk setempat kerana mempunyai rekaan seperti Menara Berkembar Petronas KLCC.
  • Perak kelmarin setuju mengumpulkan kutipan derma solat Jumaat di negeri itu bagi menebus semula tanah masjid tersebut, yang pada awalnya diwakafkan untuk pembinaan masjid tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

KUALA LUMPUR — Pemilik tanah berbangsa Cina yang memiliki tanah tapak Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Bagan Serai bersetuju untuk menjual tanahnya kepada pihak masjid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali berkata pengerusi masjid semalam telah menghubungi tuan tanah terbabit yang akhirnya bersetuju berurusan dengan pihak masjid terlebih dahulu dalam usahanya melepaskan pegangannya.

“Saya bangga dengan langkah ini. Boleh dikatakan ini contoh pertama yang mana semua kutipan derma daripada semua masjid di negeri ini disalurkan untuk tabung ini. Ini satu perkembangan yang sangat melegakan,” katanya dipetik Kosmo pada Selasa.

Perkembangan itu dilihat mampu menyelamatkan masjid berusia hampir 100 tahun itu yang popular dalam kalangan penduduk setempat kerana mempunyai rekaan seperti Menara Berkembar Petronas KLCC.

Kerajaan negeri Perak kelmarin bersetuju mengumpulkan kutipan derma solat Jumaat di negeri itu bagi menebus semula tanah masjid tersebut, yang pada awalnya diwakafkan untuk pembinaan masjid tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata anggaran nilai tanah berkenaan ialah RM1.8 juta.

Saarani melihat kutipan semasa solat Jumaat yang terkumpul mencecah RM5 juta hingga RM7 juta sebulan boleh digunakan untuk menyelamatkan masjid tersebut dan menunjukkan solidariti umat Islam Perak.

Menurut laporan, lokasi Masjid Jamek Ar-Ridzuan menjadi sebahagian daripada keseluruhan tanah yang dimiliki pemilik tersebut. Pemilik dikatakan bersetuju menjual keseluruhan tanah, bukan sekadar tapak masjid itu sahaja.

Difahamkan, usaha awal pernah digerakkan, termasuk menyediakan tabung kutipan khas untuk menebus semula tanah tersebut, tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Kosmo hari ini melapor pemilikan sebahagian lot tanah masjid terbabit telah berpindah tangan sebanyak dua kali dengan pemilik terkini pada asalnya tidak mengetahui ia merupakan tanah wakaf.

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusuf Majid berkata struktur utama masjid berkenaan terletak di atas lot bernombor 6269, manakala dewan terbuka didirikan di atas Lot 6267.

Katanya, kontroversi timbul apabila Lot 6271 seluas 0.61 hektar yang didakwa telah diwakafkan secara lisan kepada masjid telah dijual oleh waris pewakaf kepada pihak luar tanpa pengetahuan pihak masjid. — The Merdeka Times

Author