Connect with us

Terkini

“Jika tiada tindakan terhadap Zamri Vinoth, kami akan ke jalanan” – Arun Dorasamy

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth (kiri) & Arun Dorasamy daripada Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia (kanan).
  • Itu antara amaran Arun Dorasamy daripada Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia susulan beliau melihat tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pendakwah bebas, Zamri Vinoth.
  • “Di mana usaha untuk menguatkuasakan undang-undang ini? Atau adakah kita takut? Siapa yang melindunginya (Zamri Vinoth)?”
  • “Jika ini cara polis atau kerajaan, PMX, melayan penganut Hindu, kami tiada pilihan lain. Kami akan turun ke jalanan.” 

KUALA LUMPUR — “PMX-PDRM-KDN, jika tiada tindakan terhadap Zamri Vinoth, kami (penganut) Hindu akan turun ke JALANAN. Enough is Enough!”.

Itu antara amaran Arun Dorasamy daripada Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, melalui video yang dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya.

Ia berikutan Arun melihat tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang didakwa menyiarkan semula hantaran menyinggung perasaan yang sebelum ini dipadam Facebook dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Difahamkan Arun merujuk kepada hantaran  Zamri Vinoth di Facebook miliknya sebelum ini yang dikatakan seolah-olah menghina amalan tarian Hindu yang dilakukan ketika Thaipusam.

Dalam hantaran itu, Zamri turut  memuat naik imej dengan kapsyen berbunyi “Vel Vel” tidak membawa kepada kehilangan nyawa seperti yang berlaku kepada anggota bomba Adib Kassim, yang maut semasa rusuhan di luar kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor, pada 2018.

Mengulas lanjut dalam video berdurasi lebih 9 minit itu, Arun berkata tindakan menyiar semula hantaran tersebut mencabar kredibiliti SKMM dan PDRM.

Tegasnya, tiada siapa berhak memperlekeh mana-mana agama lain, terutamanya agama yang bukan milik seseorang itu.

“PDRM dan pihak penguatkuasa undang-undang, kita ada undang-undang dalam negara ini. Kita ada Akta Hasutan, ada Seksyen 298A (Kanun Keseksaan), Seksyen 505, Seksyen 504, Seksyen 233… Kita ada banyak undang-undang untuk digunakan.

“Tetapi di mana usaha untuk menguatkuasakan undang-undang ini? Atau adakah kita takut? Siapa yang melindunginya (Zamri Vinoth)?” katanya.

Justeru, beliau menantikan tindakan tegas daripada pihak berkuasa dalam hal ini sekiranya tidak pihaknya akan turun ke jalanan.

“Jika ini cara polis atau kerajaan, PMX, melayan penganut Hindu, kami tiada pilihan lain. Kami akan turun ke jalanan,” katanya menerusi klip video berbahasa Inggeris itu. — The Merdeka Times

Author