Connect with us

Antarabangsa

Yaman bom pangkalan tentera Israel guna peluru berpandu hipersonik

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peluru berpandu balistik hipersonik Palestin 2
  • Angkatan Tentera Yaman melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan Pangkalan Udara Nevatim Israel di Naqab di wilayah selatan Palestin yang diduduki, kata jurucakapnya, Brigadier Jeneral Yahya Saree.
  • Operasi itu, yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada peningkatan fasa kelima, melibatkan peluru berpandu balistik hipersonik Palestin 2, yang berjaya mencapai sasarannya.
  • Kenyataan Angkatan Tentera Yaman itu yang dipetik Al Mayadeen pada 22 November lalu menekankan operasi itu adalah sebagai tindak balas terhadap jenayah Israel di Gaza dan Lubnan dan mengesahkan komitmen Yaman untuk meneruskan tindakan ketenteraan. 
  • Yaman antara negara menyerang Israel dan kepentingannya di Laut Merah sebagai tanda solidariti menentang perang genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Angkatan Tentera Yaman melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan Pangkalan Udara Nevatim Israel di Naqab di wilayah selatan Palestin yang diduduki, kata jurucakapnya, Brigadier Jeneral Yahya Saree.

Operasi itu, yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada peningkatan fasa kelima, melibatkan peluru berpandu balistik hipersonik Palestin 2, yang berjaya mencapai sasarannya.

Kenyataan Angkatan Tentera Yaman itu yang dipetik Al Mayadeen pada 22 November lalu menekankan operasi itu adalah sebagai tindak balas terhadap jenayah Israel di Gaza dan Lubnan dan mengesahkan komitmen Yaman untuk meneruskan tindakan ketenteraan. 

Ia mengisytiharkan operasi sedemikian akan berterusan sehingga pencerobohan berhenti, sekatan ke atas Gaza ditarik balik dan serangan ke atas Lubnan berakhir.

Siren dilaporkan dibunyikan pada petang Khamis (21 November) di penempatan di selatan al-Quds yang diduduki.

Berdasarkan laporan media Israel, jurucakap tentera Israel mengesahkan siren itu dicetuskan laporan pelancaran peluru berpandu balistik dari Yaman yang menyasarkan wilayah Palestin yang diduduki. 

Yaman antara negara menyerang Israel dan kepentingannya di Laut Merah sebagai tanda solidariti menentang perang genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *