Connect with us

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘berpuasa’ 72 jam sebelum syahid

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas pemimpin Hamas, As-syahid Yahya Sinwar
  • Bekas pemimpin Hamas, As-syahid Yahya Sinwar menjadi topik perbualan di platform X pada Isnin selepas tersebar berita mengenai keputusan bedah siasatnya yang dikongsi Quds News Network dan media Israel.
  • Ia menunjukkan Sinwar didakwa tidak makan apa-apa makanan sejak 72 jam sebelum syahid bertempur dengan tentera rejim zionis Israel semasa berperang di Gaza.
  • Laporan itu dipetik agensi berita Jordan, Al Bawaba sebagai berkata, “Hasil bedah siasat mayat Yahya Sinwar menunjukkan dia tidak makan apa-apa sepanjang 72 jam terakhir sebelum kematiannya”.
  • Roya News memetik media Ibrani turut melaporkan Sinwar tidak makan selama 72 jam sebelum kematiannya, dan salah satu jarinya telah dipotong oleh Institut Forensik “Israel” untuk mengekstrak sampel DNA untuk perbandingan dengan rekod undang-undang.
  • Pengeluaran dokumen “sangat sulit” kepada media asing telah mencetuskan kontroversi meluas, lapor media itu.
  • Penyiar awam Israel melaporkan empat warga Israel, termasuk seorang penasihat kepada perdana menteri Benjamin Netanyahu, ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

 

Bekas pemimpin Hamas, As-syahid Yahya Sinwar menjadi topik perbualan di platform X pada Isnin selepas tersebar berita mengenai keputusan bedah siasatnya yang dikongsi Quds News Network dan media Israel.

Ia menunjukkan Sinwar didakwa tidak makan apa-apa makanan sejak 72 jam sebelum syahid bertempur dengan tentera rejim zionis Israel semasa berperang di Gaza.

Laporan itu dipetik agensi berita Jordan, Al Bawaba sebagai berkata, “Hasil bedah siasat mayat Yahya Sinwar menunjukkan dia tidak makan apa-apa sepanjang 72 jam terakhir sebelum kematiannya”.

Pada 17 Oktober lalu, berita mengenai kematian pemimpin pejuang Hamas itu mengejutkan media sosial dan saluran berita.

Kematian Sinwar mula-mula dikongsi media Israel dan kemudiannya disahkan Hamas sehari selepas kejadian itu berlaku.

Sinwar dilaporkan terbunuh dalam pertempuran mempertahankan Gaza menentang rejim pendudukan Israel di kawasan kejiranan Tal as-Sultan, Rafah di selatan Gaza.

Laporan mengenai Sinwar menimbulkan reaksi kecaman netizen antaranya menyangkal dakwaan Israel.

“Saya fikir Hamas kononnya ‘mencuri’ semua bantuan kemanusiaan?,” kata seorang pengguna media sosial secara sinis.

“Mereka berbohong dan berbohong dan berbohong. Semuanya berbohong dengan Israel,” kata seorang lagi netizen dipetik Al Bawaba.

Roya News memetik media Ibrani turut melaporkan Sinwar tidak makan selama 72 jam sebelum kematiannya, dan salah satu jarinya telah dipotong oleh Institut Forensik “Israel” untuk mengekstrak sampel DNA untuk perbandingan dengan rekod undang-undang.

Pengeluaran dokumen “sangat sulit” kepada media asing telah mencetuskan kontroversi meluas, lapor media itu.

Penyiar awam Israel melaporkan empat warga Israel, termasuk seorang penasihat kepada perdana menteri Benjamin Netanyahu, ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *