Antarabangsa
Peluru berpandu Hizbullah hentam Tel Aviv, ramai cedera dan terbunuh
- Tentera pendudukan Israel pada Isnin mengesahkan Tel Aviv menjadi sasaran peluru berpandu canggih dilancarkan Hizbullah dari Lubnan mengakibatkan kerosakan ketara dan gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian kawasan itu.
- Dilaporkan ramai orang tercedera dan sekurang-kurangnya dua terbunuh. Jumlah sebenar terbabit masih belum didedahkan.
- Media Israel dipetik oleh Al Mayadeen melaporkan peluru berpandu dilancarkan dari Lubnan dan yang mendarat di Tel Aviv adalah peluru berpandu Fateh 110.
- Peluru berpandu permukaan ke permukaan itu, dikenali kerana kuasa pemusnahnya yang ketara, direka bentuk untuk menyerang sasaran kritikal dengan ketepatan tepat dalam margin sehingga 10 meter.
Tentera pendudukan Israel pada Isnin mengesahkan Tel Aviv menjadi sasaran peluru berpandu canggih dilancarkan Hizbullah dari Lubnan mengakibatkan kerosakan ketara dan gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian kawasan itu.
Dilaporkan ramai orang tercedera dan sekurang-kurangnya dua terbunuh. Jumlah sebenar terbabit masih belum didedahkan.
Media Israel dipetik oleh Al Mayadeen melaporkan peluru berpandu dilancarkan dari Lubnan dan yang mendarat di Tel Aviv adalah peluru berpandu Fateh 110.
Peluru berpandu permukaan ke permukaan itu, dikenali kerana kuasa pemusnahnya yang ketara, direka bentuk untuk menyerang sasaran kritikal dengan ketepatan tepat dalam margin sehingga 10 meter.
Sekurang-kurangnya satu peluru berpandu mendarat di Ramat Gan, bandar tengah di kawasan Tel Aviv, menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan itu, lapor media Israel.
Kebakaran turut berlaku di kawasan itu dengan tujuh anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran.
Kebakaran sebuah bas dilaporkan berlaku di Bnei Brak, timur Tel Aviv, selepas ia terkena peluru berpandu secara langsung, dengan pertahanan udara Israel gagal memintas serangan itu. – The Merdeka Times