Antarabangsa
PBB gagal tangani konflik dunia, terutamanya di Gaza – Erdogan
- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Ahad menekankan kepentingan memperkenalkan pembaharuan tadbir urus global dengan alasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah terbukti tidak berkesan dalam menyelesaikan konflik di seluruh dunia.
- Menurut Direktorat Komunikasi Turkiye dipetik RT, Erdogan membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di luar Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil.
- “PBB telah gagal untuk mengelakkan konflik di seluruh dunia, terutamanya di Gaza, dan telah terbukti tidak mencukupi dalam menangani krisis,” kata Erdogan.
- Pengkritik lantang terhadap serangan genosid Israel di Gaza, Erdogan juga memuji pendirian Brazil “menentang pencerobohan Israel” dan berkongsi butiran usaha diplomatik Turkiye di PBB.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Ahad menekankan kepentingan memperkenalkan pembaharuan tadbir urus global dengan alasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah terbukti tidak berkesan dalam menyelesaikan konflik di seluruh dunia.
Menurut Direktorat Komunikasi Turkiye dipetik RT, Erdogan membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di luar Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil.
Pengkritik lantang terhadap serangan genosid Israel di Gaza, Erdogan juga memuji pendirian Brazil “menentang pencerobohan Israel” dan berkongsi butiran usaha diplomatik Turkiye di PBB.
Ini termasuk gesaan menyekat penjualan senjata ke Israel, penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa gangguan ke Gaza, mewujudkan gencatan senjata kekal di Palestin dan mencapai penyelesaian dua negara.
“PBB telah gagal untuk mengelakkan konflik di seluruh dunia, terutamanya di Gaza, dan telah terbukti tidak mencukupi dalam menangani krisis,” kata Erdogan.
Erdogan berulang kali menggesa gencatan senjata segera di Gaza, di mana operasi ketenteraan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 43,000 orang.
Di Israel, jumlah mereka terbunuh dalam serangan balas rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu adalah lebih 1,100 orang, manakala lebih 200 tebusan Israel ditawan. – The Merdeka Times