Connect with us

Terkini

5,734 kandungan media sosial berkaitan 3R diturunkan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Ia diturunkan penyedia platform bermula 2022 sehingga 1 Oktober lalu.
  • Kementerian Komunikasi dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Khamis berkata, bagi tindakan penguatkuasaan terdapat 145 kes berkaitan 3R yang sudah disiasat dan daripada jumlah itu, tujuh kes telah didakwa Jabatan Peguam Negara dan empat kes dikenakan hukuman daripada pihak mahkamah.
  • Tindakan penguatkuasaan itu bukan untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi bagi menjaga keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat secara keseluruhan, seterusnya menjamin keharmonian serta kesejahteraan negara.

KUALA LUMPUR — Sebanyak 5,734 kandungan media sosial berkaitan 3R (agama, kaum, dan raja) telah diturunkan penyedia platform bermula 2022 sehingga 1 Oktober lalu.

Kementerian Komunikasi berkata bagi tindakan penguatkuasaan terdapat 145 kes berkaitan 3R yang sudah disiasat dan daripada jumlah itu, tujuh kes telah didakwa Jabatan Peguam Negara dan empat kes dikenakan hukuman daripada pihak mahkamah.

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu bukan untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi bagi menjaga keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat secara keseluruhan, seterusnya menjamin keharmonian serta kesejahteraan negara.

“Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja ataupun 3R.

“Dalam hal ini, MCMC bekerjasama erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) serta undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Hasutan 1948 (Akta 15) di bawah bidang kuasa PDRM,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Khamis.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sik dari PN, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan rekod isu melibatkan 3R bagi memastikan keadilan dan prinsip kebebasan bersuara dapat dijaga dengan saksama, tanpa mengira kedudukan politik. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *