Terkini
(VIDEO) Pencarum bukan Muslim KWSP paling ramai daftar simpanan syariah pada Oktober 2024
KUALA LUMPUR — Sekitar 50 ribu pencarum bukan Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berdaftar dengan simpanan syariah, kata Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
Zaharuddin berkata beliau dimaklumkan dalam mesyuarat simpanan syariah bahawa Oktober tahun ini menjadi bulan paling ramai orang bukan Islam berdaftar dengan simpanan patuh syariah.
Menyifatkan perkembangan itu sebagai pelik, beliau berkata pihaknya sukar untuk mengenal pasti faktor pencarum bukan Muslim memilih berdaftar dengan simpanan patuh syariah daripada konvensional memandangkan mereka baru mendaftar.
“Kita pun risau, dia ini tersalah ke? Apa ke? Sampai kita terpaksa bagi peluang kepada mereka untuk opt out mereka boleh keluar kalau mereka rasa tersalah (mendaftar).
“Saya pun nak tahu kenapa? antaranya mereka ini sebab dalam dunia pelaburan di dalam dunia dia sudah lebih banyak sekarang pelabur-pelabur daripada peringkat clustered… dia suka kepada ESG investment iaitu ethical, social and governance (beretika, sosial dan tadbir urus).
“Maka simpanan syariah ini adalah yang antara sama kategori dengan ESG walaupun simpanan konvensional pun mungkin ada mendakwa demikian tapi bagi simpanan syariah memang tahap tertinggilah.
“Kerana itu mungkin ada yang dari particular punya investor ataupun pencarum dia rasa itu adalah add value pada dia untuk alam wallahualam kita pun tak dapat nak pastikan,” kata Zaharuddin menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam ini.
Program terbitan Studio Merdeka itu membawakan topik, ‘Apa punca 7.2 juta pencarum Muslim KWSP tidak bertukar ke simpanan syariah?’ yang turut menampilkan Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Yusry Yusoff dan Perunding Kewangan, Rizal Md Desa.
Zaharuddin juga tidak menafikan ada pencarum bukan Muslim itu mengakui mereka tersalah berdaftar. — The Merdeka Times
Untuk perkhidmatan bisnes, produk kewangan patuh shariah dan halal, anda boleh melayari laman web www.elzarshariah.com.