Antarabangsa
Tentera Israel kecewa, letih bertempur di Gaza – Laporan
Bilangan tentera Israel kecewa dengan pertempuran di Gaza dan kawasan konflik lain di Lubnan dan Tebing Barat semakin meningkat, menyebabkan sebahagian mereka enggan kembali ke medan perang.
- Bilangan tentera Israel kecewa dengan pertempuran di Gaza dan kawasan konflik lain di Lubnan dan Tebing Barat semakin meningkat, menyebabkan sebahagian mereka enggan kembali ke medan perang.
- Menurut laporan media Israel HaMakom, temu bual dengan lebih 20 ibu bapa dan tentera Israel dalam pelbagai batalion mendedahkan ketidakpuasan hati yang semakin meningkat dalam kelompok itu.
- Di kalangan Briged Nahal, tentera Israel menghabiskan lima minggu bertempur di Gaza sebelum pulang ke rumah untuk berehat, sesuatu yang mereka lakukan 11 kali setakat ini sejak permulaan pertempuran Oktober 2023.
- Menurut HaMakom, semasa penempatan ke-11 hanya enam askar daripada platun 30 anggota muncul, dengan yang lain memberikan alasan.
- “Apa yang membunuh mereka adalah keadaan dan tempoh pertempuran yang tiada penghujungnya. Anda tidak tahu bila anda akan keluar dan sudah setahun begini,” kata seorang ibu bapa, Eidit dipetik MEE.
Bilangan tentera Israel kecewa dengan pertempuran di Gaza dan kawasan konflik lain di Lubnan dan Tebing Barat semakin meningkat, menyebabkan sebahagian mereka enggan kembali ke medan perang.
Menurut laporan media Israel HaMakom, temu bual dengan lebih 20 ibu bapa dan tentera Israel dalam pelbagai batalion mendedahkan ketidakpuasan hati yang semakin meningkat dalam kelompok itu.
Di kalangan Briged Nahal, tentera Israel menghabiskan lima minggu bertempur di Gaza sebelum pulang ke rumah untuk berehat, sesuatu yang mereka lakukan 11 kali setakat ini sejak permulaan pertempuran Oktober 2023.
Menurut HaMakom, semasa penempatan ke-11 hanya enam askar daripada platun 30 anggota muncul, dengan yang lain memberikan alasan.
“Saya menyebutnya penolakan dan pemberontakan,” kata ibu kepada salah seorang askar dalam platun, Inbal bercakap kepada HaMakom dipetik MEE.
“Mereka (tentera) terus kembali ke bangunan yang sama yang telah mereka bersihkan, hanya untuk mendapati mereka terperangkap lagi. Di kejiranan Zaytoun sahaja (di Bandar Gaza), mereka telah ke sana tiga kali. Mereka faham bahawa ia adalah sia-sia”.
Mereka yang ditemu bual dalam laporan itu bercakap tanpa nama kerana bimbang akan berdepan gangguan pihak tentera.
“Apa yang membunuh mereka adalah keadaan dan tempoh pertempuran yang tiada penghujungnya. Anda tidak tahu bila anda akan keluar dan sudah setahun begini,” kata seorang lagi ibu bapa, Eidit.
Tentera Israel menerbitkan nama lebih 750 anggotanya yang terbunuh sejak perang bermula pada Oktober tahun lalu, termasuk lebih 350 terbunuh semasa operasi darat di Gaza.
Sekurang-kurangnya 43 tentera Israel terbunuh dalam serangan dan operasi darat di perbatasan utara perang di sepanjang sempadan Lubnan. – The Merdeka Times