Agama
“Meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal”, Kenyataan Arun Dorasamy biadab
- Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata kenyataan dikeluarkan Arun Dorasamy yang berbunyi, “Also avoid non Hindus restaurants for 2 reasons”, iaitu yang pertama “They spit into the food to make it halal” dilihat seakan-akan ingin ditujukan kepada orang Islam memandangkan hanya mereka mementingkan makanan halal berbanding penganut agama lain.
- “Ini adalah satu tuduhan yang biadab. Siapakah ‘MEREKA’ yang Arun maksudkan? Yang mementingkan HALAL adalah Muslim! Adakah Arun ingin menuduh kesemua restoran Muslim meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal?
- “Jikalau Arun sangat yakin dengan tuduhannya, kenapa padamkan posting ini?,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook hari ini bertajuk, “Meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal?”.
- Firdaus Wong menerusi hantaran itu turut memuat naik tangkap layar hantaran Arun sebelum ini yang antaranya meminta individu Hindu supaya tidak mengunjungi restoran bukan Hindu atas dua sebab iaitu yang pertama beliau mendakwa restoran bukan Hindu meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal.
KUALA LUMPUR — Kenyataan Arun Dorasamy yang seakan-akan ditujukan kepada restoran Muslim “meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal” adalah tuduhan biadab.
Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata beliau tiada masalah sekiranya Arun menyeru orang Hindu untuk membeli daripada kelompok mereka, atau pun mana-mana kumpulan menganjurkan kempen mengutamakan bangsa atau agama tertentu, kerana itu hak pengguna mereka.
Namun, katanya kenyataan dikeluarkan Arun yang berbunyi, “Also avoid non Hindus restaurants for 2 reasons”, iaitu yang pertama “They spit into the food to make it halal” dilihat seakan-akan ingin ditujukan kepada orang Islam memandangkan hanya mereka mementingkan makanan halal berbanding penganut agama lain.
“Ini adalah satu tuduhan yang biadab. Siapakah ‘MEREKA’ yang Arun maksudkan? Yang mementingkan HALAL adalah Muslim! Adakah Arun ingin menuduh kesemua restoran Muslim meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal?
“Jikalau Arun sangat yakin dengan tuduhannya, kenapa padamkan posting ini?
“Ini bukan kali pertama individu yang sama membuat tuduhan & kemudian memadamkannya. Ini juga individu yang sama yang mengaku di dalam mahkamah bahawa dia tiada bukti yang membuktikan fitnahnya terhadap seorang pendakwah!,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook hari ini bertajuk, “Meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal?”.
Firdaus Wong menerusi hantaran itu turut memuat naik tangkap layar hantaran Arun sebelum ini, antaranya meminta kelompok Hindu mengelak membeli daripada tekstil milik bukan Hindu dan perniagaan runcit yang tersembunyi di bawah nama-nama Hindu/Tamil di Brickfields seperti New Maliga, Rathi textiles dan sebagainya.
Dalam hantaran itu, Arun meminta penganut Hindu supaya tidak mengunjungi restoran bukan Hindu atas dua sebab, iaitu pertama beliau mendakwa “mereka meludah ke dalam makanan untuk menjadikannya halal”.
Tanpa menyatakan butiran lanjut berkaitan masa, tempat dan individu terlibat, Firdaus Wong juga menyatakan seorang individu telah membuat laporan polis terhadap Arun Dorasamy berhubung isu itu.
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/