Connect with us

Antarabangsa

Iran serang Israel

Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap kempen Israel terhadap sekutu Tehran, Hizbullah di Lubnan, menurut laporan Reuters.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap kempen Israel terhadap sekutu Tehran, Hizbullah di Lubnan, menurut laporan Reuters.
  • MintPress melaporkan republik itu melancarkan lebih daripada 250 peluru berpandu balistik ke atas sasaran seluruh Israel.
  • Siren kedengaran di seluruh Israel dan letupan kedengaran di Jerusalem dan Lembah Sungai Jordan selepas rakyat Israel bergegas ke tempat perlindungan bom. 
  • Wartawan Reuters dilaporkan melihat peluru berpandu dipintas di ruang udara negara jiran, Jordan. 
  • Laporan media Israel pula menyatakan sekurang-kurangnya 100 peluru berpandu dilancarkan.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap kempen Israel terhadap sekutu Tehran, Hizbullah di Lubnan, menurut laporan Reuters.

MintPress melaporkan republik itu melancarkan lebih daripada 250 peluru berpandu balistik ke atas sasaran seluruh Israel.

Siren kedengaran di seluruh Israel dan letupan kedengaran di Jerusalem dan Lembah Sungai Jordan selepas rakyat Israel bergegas ke tempat perlindungan bom. 

Wartawan Reuters dilaporkan melihat peluru berpandu dipintas di ruang udara negara jiran, Jordan. 

Laporan media Israel pula menyatakan sekurang-kurangnya 100 peluru berpandu dilancarkan.

Terdahulu, pihak tentera mengumumkan serangan meluas peluru berpandu balistik dari Iran dijangka berlaku dan mengarahkan orang awam berlindung di bilik keselamatan jika serangan itu berlaku.

Iran bersumpah untuk bertindak balas susulan serangan Israel yang membunuh kepimpinan tertinggi sekutunya, Hizbullah di Lubnan.

Pelancaran peluru berpandu itu berlaku selepas Israel mengumumkan tenteranya melancarkan serangan darat ke Lubnan, walaupun menggambarkannya sebagai serangan terhad.

Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata AS bersedia membantu Israel mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu Iran. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *