Connect with us

Antarabangsa

Hasil Starbucks turun kepada $6.69 billion daripada $6.9 billion

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Rangkaian kedai kopi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Starbucks menyaksikan penurunan jualan untuk suku ketiga berturut-turut, lapor agensi berita Anadolu hari ini.
  • Menurut penyata keputusan kewangan Starbucks dikeluarkan pada Rabu, jualan kedai setanding global merosot tujuh peratus.
  • Ia juga menyaksikan penurunan hasil tiga peratus kepada $6.69 billion daripada $6.9 billion tahun ke tahun, demikian menurut keputusan kewangan itu.
  • “Adalah jelas bahawa kami perlu mengubah strategi kami secara asas untuk memenangi semula pelanggan,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol.
  • Media sebelum ini melaporkan Starbucks antara jenama antarabangsa yang terkesan boikot susulan konflik perang genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Rangkaian kedai kopi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Starbucks menyaksikan penurunan jualan untuk suku ketiga berturut-turut, lapor agensi berita Anadolu hari ini.

Menurut penyata keputusan kewangan Starbucks dikeluarkan pada Rabu, jualan kedai setanding global merosot tujuh peratus.

Kenyataan itu berkata walaupun jualan kedai di Amerika Utara merosot enam peratus, jualan kedai China melonjak 14 peratus dan jualan kedai antarabangsa jatuh sembilan peratus.

Starbucks berkata ia membuka 722 kedai baharu pada suku keempat tahun fiskal 2024, yang sepadan dengan tempoh Julai-September tahun ini, menamatkan tempoh itu dengan sejumlah 40,199 kedai di seluruh dunia.

“Pada penghujung Q4 (suku keempat), kedai di AS dan China merangkumi 61 peratus daripada portfolio global syarikat, dengan 16,941 dan 7,596 kedai masing-masing di AS dan China,” kata Starbucks.

Ia juga menyaksikan penurunan hasil tiga peratus kepada $6.69 billion daripada $6.9 billion tahun ke tahun, menurut keputusan kewangan itu.

“Adalah jelas bahawa kami perlu mengubah strategi kami secara asas untuk memenangi semula pelanggan,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol.

Niccol berkata mereka mempunyai rancangan yang jelas dan sedang bergerak pantas untuk mengembalikan Starbucks kepada pertumbuhan. 

Media sebelum ini melaporkan Starbucks antara jenama antarabangsa yang terkesan boikot susulan konflik perang genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *