Connect with us

Antarabangsa

Hamas terbuka kepada sebarang gencatan senjata tamatkan pencerobohan Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin kumpulan penentangan Palestin, Sami Abu Zuhri.
  • Hamas terbuka untuk membincangkan sebarang perjanjian bagi memastikan gencatan senjata kekal di Gaza dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel, kata salah seorang pemimpin kumpulan penentangan Palestin itu, Sami Abu Zuhri.
  • Abu Zuhri dalam kenyataannya dipetik Quds News Network (QNN) pada Selasa berkata, Hamas bersedia untuk melibatkan diri dengan pengantara berhubung cadangan baharu untuk perjanjian gencatan senjata, mengesahkan bahawa mesyuarat selanjutnya dirancang untuk memudahkan dialog itu.
  • Beliau menggesa agar normalisasi dengan Israel dihentikan segera oleh negara-negara yang menjalin hubungan dengan negara pendudukan (penjajah) itu. 
  • “Adalah tidak munasabah bagi banyak negara asing untuk mengambil langkah sedemikian sementara beberapa negara Arab berkeras untuk mengekalkan hubungan dan normalisasi dengan musuh,” kata pemimpin Hamas itu.

 

Hamas terbuka untuk membincangkan sebarang perjanjian bagi memastikan gencatan senjata kekal di Gaza dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel, kata salah seorang pemimpin kumpulan penentangan Palestin itu, Sami Abu Zuhri.

Abu Zuhri dalam kenyataannya dipetik Quds News Network (QNN) pada Selasa berkata, Hamas bersedia untuk melibatkan diri dengan pengantara berhubung cadangan baharu untuk perjanjian gencatan senjata, mengesahkan bahawa mesyuarat selanjutnya dirancang untuk memudahkan dialog itu.

Abu Zuhri berkata delegasi Hamas mengulangi kesediaannya untuk mempertimbangkan langkah-langkah yang akan menghentikan pembunuhan beramai-ramai, menarik balik tentera Israel, menarik balik sekatan, membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan memudahkan pertukaran tahanan.

Beliau juga menggesa agar normalisasi dengan Israel dihentikan segera oleh negara-negara yang menjalin hubungan dengan negara pendudukan (penjajah) itu. 

“Adalah tidak munasabah bagi banyak negara asing untuk mengambil langkah sedemikian sementara beberapa negara Arab berkeras untuk mengekalkan hubungan dan normalisasi dengan musuh,” kata pemimpin Hamas itu.

Beliau turut mengutuk keputusan Knesset (Parlimen Israel) untuk melarang operasi Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di wilayah Palestin yang diduduki.

Tindakan itu adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang mewajarkan pengusiran rejim Israel daripada PBB dan mengenakan sekatan terhadapnya, kata Abu Zuhri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *