Terkini
Bekas Naib Ketua Pemuda didakwa sembilan pertuduhan amang seksual, liwat
- Bekas Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik di Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi hari ini atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki antara tahun 2017 hingga Mac lalu.
- Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan selepas pertuduhan dibacakan, lapor media tempatan.
- Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan tujuh pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas empat remaja lelaki berusia 14, 15 dan 16 tahun dengan tertuduh menyentuh bahagian badan, memeluk dan mencium pipi mangsa serta menyuruh salah seorang mangsa menghisap kemaluannya.
- Pendakwaan dilakukan bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.
KUALA LUMPUR — Bekas Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik di Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi hari ini atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki antara tahun 2017 hingga Mac lalu.
Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan selepas pertuduhan dibacakan, lapor media tempatan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan tujuh pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas empat remaja lelaki berusia 14, 15 dan 16 tahun dengan menyentuh bahagian badan, memeluk dan mencium pipi mangsa serta menyuruh salah seorang mangsa menghisap kemaluannya.
Pendakwaan dilakukan bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.
Dalam pada itu, Zuraidi juga berdepan dua pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii iaitu memasukkan zakar ke dalam dubur membabitkan mangsa dua beradik kembar berusia 14 tahun, tanpa kerelaannya.
Kesemua perbuatan itu dilaporkan didakwa dilakukan di Perumahan Nelayan Kampung Penyabong, Mersing di antara awal 2017 sehingga Mac 2024.
Pendakwaan itu dibuat dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 11 Disember sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. — The Merdeka Times