Antarabangsa
10 penerbangan syarikat penerbangan India digantung 48 jam
KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya sepuluh penerbangan syarikat penerbangan India digantung dalam tempoh 48 jam selepas menerima ancaman bom pada Selasa, demikian lapor NDTV.
- Sekurang-kurangnya sepuluh penerbangan syarikat penerbangan India digantung dalam tempoh 48 jam selepas menerima ancaman bom pada Selasa, demikian lapor NDTV.
- Antara penerbangan terbabit adalah penerbangan Air India Delhi-Chicago, penerbangan Dammam-Lucknow IndiGo, Ayodhya-Bengaluru Air India Express, penerbangan SpiceJet dari Darbhanga ke Mumbai (SG116), penerbangan Akasa Air dari Bagdogra ke Bengaluru (QP 1373) dan Alliance Air Penerbangan Amritsar-Dehradun-Delhi (9I 650) dan penerbangan Air India Express (IX 684) dari Madurai ke Singapura.
- Ancaman bom palsu itu dibuat daripada pemegang akaun platform X yang tidak disahkan dan Biro Keselamatan Penerbangan Awam (BCAS) sedang menyiasat perkara itu.
- Agensi berita Anadolu pula melaporkan sebuah penerbangan Air India dengan 211 anak kapal dan penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan pada Selasa di wilayah High Arctic Kanada selepas ancaman keselamatan dalam talian.
- “Pada 15 Oktober 2024 kira-kira jam 5:21 pagi (waktu tempatan), penerbangan 127 Air India membuat pendaratan cemas ke Iqaluit, Nunavut,” kata Royal Canadian Mounted Police Polis (RCMP) dalam kenyataan akhbar dipetik Anadolu.
- Ancaman itu datang susulan berita besar di Kanada pada Isnin bahawa Kerajaan India dikaitkan dengan aktiviti jenayah di Kanada, termasuk pembunuhan dan pemerasan.
KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya sepuluh penerbangan syarikat penerbangan India digantung dalam tempoh 48 jam selepas menerima ancaman bom pada Selasa, demikian lapor NDTV.
Antara penerbangan terbabit adalah penerbangan Air India Delhi-Chicago, penerbangan Dammam-Lucknow IndiGo, Ayodhya-Bengaluru Air India Express, penerbangan SpiceJet dari Darbhanga ke Mumbai (SG116), penerbangan Akasa Air dari Bagdogra ke Bengaluru (QP 1373) dan Alliance Air Penerbangan Amritsar-Dehradun-Delhi (9I 650) dan penerbangan Air India Express (IX 684) dari Madurai ke Singapura.
Ancaman bom palsu itu dibuat daripada pemegang akaun platform X yang tidak disahkan dan Biro Keselamatan Penerbangan Awam (BCAS) sedang menyiasat perkara itu.
Agensi berita Anadolu pula melaporkan sebuah penerbangan Air India dengan 211 anak kapal dan penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan pada Selasa di wilayah High Arctic Kanada selepas ancaman keselamatan dalam talian.
“Pada 15 Oktober 2024 kira-kira jam 5:21 pagi (waktu tempatan), penerbangan 127 Air India membuat pendaratan cemas ke Iqaluit, Nunavut,” kata Royal Canadian Mounted Police Polis (RCMP) dalam kenyataan akhbar dipetik Anadolu.
“Penerbangan itu berlepas dari New Delhi dan dalam perjalanan ke Chicago. Kesemua 211 penumpang dan anak kapal turun dari pesawat dan dipindahkan ke lapangan terbang Antarabangsa Iqaluit,” kata kenyataan itu.
Ancaman itu datang susulan berita besar di Kanada pada Isnin bahawa Kerajaan India dikaitkan dengan aktiviti jenayah di Kanada, termasuk pembunuhan dan pemerasan.
RCMP pada sidang akhbar berkata jenayah itu menimbulkan “ancaman awam yang serius” kepada warga Kanada.
Dakwaan itu terbongkar ketika RCMP menyiasat pembunuhan 2023 terhadap warga Kanada berketurunan Sikh, Hardeep Singh Nijjar yang juga penyokong terkemuka penciptaan negara Sikh yang berasingan di India. – The Merdeka Times