Connect with us

Antarabangsa

Rabbi Yahudi ‘restu’ tentera Israel rogol tahanan Palestin

Rabbi Meir Mazuz, seorang tokoh agama dan politik terkenal di Israel, secara terbuka menyokong tentera rejim zionis yang dirakam merogol dan menzalimi tahanan Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Seorang tokoh agama dan politik terkenal di Israel, Rabbi Meir Mazuz (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Rabbi Meir Mazuz, seorang tokoh agama dan politik terkenal di Israel, secara terbuka menyokong tentera rejim zionis yang dirakam merogol dan menzalimi tahanan Palestin.
  • Menurut agensi berita Israel Kan, Rabbi Mazuz yang mempunyai pengaruh besar dalam politik Israel dan komuniti Haredi bertemu dengan tentera terbabit dalam kes di penjara Sde Teiman.
  • Dalam pertemuan itu, Rabbi tersebut dilihat memberi restu kepada salah seorang askar tertuduh dan berdasarkan video tersebar di media sosial turut menyatakan kepada tentera terbabit beberapa perkara.
  • “Kamu akan dibebaskan sepenuhnya. Apa yang kamu buat? Kamu menyerang musuh, jadi apa masalahnya? Semuanya baik-baik sahaja. Di mana-mana negara lain, kamu akan diberikan anugerah,” kata Rabbi Mazuz dipetik Quds News pada Ahad.
  • Rabbi yang berasal dari Tunisia itu salah seorang rabbi paling berpengaruh dalam kalangan komuniti Haredi dan politik Israel. Keputusan dan pandangannya mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pembuat dasar.

Rabbi Meir Mazuz, seorang tokoh agama dan politik terkenal di Israel, secara terbuka menyokong tentera rejim zionis yang dirakam merogol dan menzalimi tahanan Palestin.

Menurut agensi berita Israel Kan, Rabbi Mazuz yang mempunyai pengaruh besar dalam politik Israel dan komuniti Haredi bertemu dengan tentera terbabit dalam kes di penjara Sde Teiman.

Dalam pertemuan itu, Rabbi tersebut dilihat memberi restu kepada salah seorang askar tertuduh dan berdasarkan video tersebar di media sosial turut menyatakan kepada tentera terbabit beberapa perkara.

“Kamu akan dibebaskan sepenuhnya. Apa yang kamu buat? Kamu menyerang musuh, jadi apa masalahnya? Semuanya baik-baik sahaja.

“Di mana-mana negara lain, kamu akan diberikan anugerah,” kata Rabbi Mazuz dipetik Quds News pada Ahad.

Rabbi yang berasal dari Tunisia itu salah seorang rabbi paling berpengaruh dalam kalangan komuniti Haredi dan politik Israel.

Keputusan dan pandangannya mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pembuat dasar.

Menteri-menteri berpangkat tinggi dan anggota Knesset, termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diketahui sering mendapatkan nasihat daripadanya.

Insiden kejam dan sadis itu terbongkar sebelum ini selepas tersebarnya rakaman video di Sde Teiman disiarkan Channel 12 memaparkan tentera simpanan Israel memilih salah seorang daripada 30 tahanan yang mata mereka ditutup, membawa mangsa ke kawasan terpencil, menyiksa dan menggunakan perisai menyembunyikan tindakan mereka.

Video tidak bertarikh dan tidak diketahui sumbernya itu mempamerkan usaha tentera-tentera terbabit menyembunyikan tindakan mereka daripada rakaman kamera keselamatan.

Channel 12 turut melaporkan berkenaan rakaman serangan diadakan, laporan tahanan itu dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dialami disahkan pakar perubatan, berpunca daripada objek dimasukkan ke dalam badannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *