Connect with us

Antarabangsa

Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh

Sekumpulan 2,000 individu bertindak menyerang harta benda milik komuniti Muslim dalam satu insiden rusuhan di Jainoor, Asifabad di Telangana, India pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar video individu bertindak menyerang harta benda milik komuniti Muslim dalam satu insiden rusuhan di Jainoor, Asifabad di Telangana, India.

Sekumpulan 2,000 individu bertindak menyerang harta benda milik komuniti Muslim dalam satu insiden rusuhan di Jainoor, Asifabad di Telangana, India pada Rabu.

Video tular di media sosial menunjukkan kumpulan itu dengan bebas menyasarkan kedai-kedai di pasar tanpa kehadiran pihak berkuasa tempatan, lapor Maktoob Media.

Terdapat video menunjukkan kumpulan itu membakar premis perniagaan dan melontar batu ke arah masjid.

Keganasan itu dikatakan berpunca daripada dakwaan insiden seorang lelaki Muslim melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita suku kaum di daerah tersebut.

Ia tercetus dan merebak semasa satu protes diadakan sebagai bantahan terhadap insiden serangan seksual itu.

Menurut laporan Siasat Daily, kumpulan itu didakwa mendapat sokongan beberapa pemimpin organisasi sayap kanan tempatan yang menyemarakkan lagi keganasan itu.

Seorang pemandu tuk-tuk dari komuniti Muslim didakwa menyerang secara seksual seorang wanita suku kaum pada minggu lepas dengan kesnya didaftarkan di bawah Akta Scheduled Castes and Scheduled Tribes (Akta kasta terjadual dan suku kaum terjadual) untuk cubaan merogol, cubaan membunuh dan pembunuhan.

Presiden parti politik All India Majlis-e-Ittehadul Muslimeen (AIMIM), Asaduddin Owaisi menyeru supaya keamanan dikekalkan dan menyatakan tiada siapa sepatutnya melangkau undang-undang dan mengambil tindakan sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *