Antarabangsa
AS abai rakyatnya ditembak tentera Israel
Tentera Israel menembak seorang guru dari New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dalam insiden serangan peneroka haram di kampung Beita di utara Tebing Barat pada 9 Ogos lalu.
- Tentera Israel menembak seorang guru dari New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dalam insiden serangan peneroka haram di kampung Beita di utara Tebing Barat pada 9 Ogos lalu.
- Mangsa dengan nama samaran atas faktor keselamatan, Amado Sison berkata walaupun rakyat Palestin menunjukkan “sikap mesra dan kasih sayang” kepadanya, dia hampir tidak mendengar apa-apa daripada kerajaannya (AS) sendiri.
- Insiden itu berlaku walaupun Presiden AS, Joe Biden pada Februari lalu mengisytiharkan bahawa; “Jika anda mencederakan rakyat Amerika, kami akan bertindak balas”.
- Insiden di kampung Beita itu memaparkan cubaan peneroka haram Israel selama lebih 10 tahun di sana merampas tanah Palestin.
- Guru AS yang cedera akibat tembakan itu berada di sana sebagai sebahagian kempen antarabangsa kumpulan aktivis Faz3a untuk menyediakan perlindungan kepada rakyat Palestin.
Tentera Israel menembak seorang guru dari New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dalam insiden serangan peneroka haram di kampung Beita di utara Tebing Barat pada 9 Ogos lalu.
Mangsa dengan nama samaran atas faktor keselamatan, Amado Sison berkata walaupun rakyat Palestin menunjukkan “sikap mesra dan kasih sayang” kepadanya, dia hampir tidak mendengar apa-apa daripada kerajaannya (AS) sendiri.
Insiden itu berlaku walaupun Presiden AS, Joe Biden pada Februari lalu mengisytiharkan bahawa; “Jika anda mencederakan rakyat Amerika, kami akan bertindak balas”.
Insiden di kampung Beita itu memaparkan cubaan peneroka haram Israel selama lebih 10 tahun di sana merampas tanah Palestin.
Guru AS yang cedera akibat tembakan itu berada di sana sebagai sebahagian kempen antarabangsa kumpulan aktivis Faz3a untuk menyediakan perlindungan kepada rakyat Palestin.
Keberadaannya di Tebing Barat yang diduduki itu adalah untuk menyertai demonstrasi menentang aktiviti penempatan haram Israel sebelum berakhir dengan insiden dirinya ditembak.
Jurucakap Jabatan Negara AS memberitahu mereka menyedari “laporan melibatkan seorang warga AS di Tebing Barat dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengumpul lebih banyak maklumat”.
“Kami sangat prihatin apabila mana-mana warganegara AS dicederakan di luar negara dan berusaha untuk memberikan bantuan konsular,” kata jurucakap itu dipetik Zeteo walaupun tidak ada sebarang maklum balas daripada Rumah Putih mahupun wakil rakyat dari negeri asalnya diterima setakat ini.
“Saya meletakkan kepercayaan saya kepada pergerakan dan rakyat berbanding ahli politik, kerana kita sering melihat apa yang mereka undi.
“Tetapi pada masa yang sama, sebagai seorang sukarelawan antarabangsa yang dicederakan ‘tentera sekutu,’ saya ingin mereka mengakuinya atau sekurang-kurangnya mengutuk tindakan itu, walaupun tiada tindakan lanjut diambil,” kata Sison.
Sison berkata wang yang dia bayar dalam bentuk cukai sebagai seorang guru AS mungkin membiayai peluru yang menembusi tubuhnya. – The Merdeka Times